Selawat Tafrijiyyah : Bacaan dalam Rumi, Maksud & Kelebihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selawat Tafrijiyyah : Bacaan dalam Rumi, Maksud & Kelebihan


SELAWAT TAFRIJIYYAH : BACAAN DALAM RUMI, MAKSUD & KELEBIHAN 


{tocify} $title={KANDUNGAN}

Selawat Tafrijiyyah atau selawat yang bermula dengan Allahumma solli solatan merupakan satu selawat sughra (kecil) yang jika diamalkan, dengan izin ALLAH S.W.T, rezekinya akan bertambah, dan akan diberikan segala jalan penyelesaian untuk masalah individu tersebut.

Untuk artikel kali ini adalah perkongsian tentang bacaan ringkas Selawat Tafrijiyyah dalam rumi serta beberapa panduan untuk mengamalkan dan menghafal selawat ini. Selain itu turut disertakan beberapa kelebihan selawat ini dan juga jawapan kepada isu syirik dalam selawat ini.

LAFAZ SELAWAT TAFRIJIYYAH

Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat. Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.

Antara selawat yang boleh diamalkan oleh orang Islam ialah selawat Tafrijiyyah yang dikenali juga sebagai Selawat Nariah  ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini merupakan satu selawat yang disusun oleh para ulama yang bersumber dari ijtihad atau ilham ruhi dari Allah SWT.

Selawat ini juga merupakan antara salah satu selawat yang sangat disarankan untuk diamalkan oleh umat Islam. Hal ini demikian kerana, selawat ini membantu dalam menghilangkan kesempitan hidup dengan izin Allah S.W.T

Berikut adalah Lafaz selawat ini :

Selawat Tafrijiyyah : Bacaan dalam Rumi, Maksud & Kelebihan

Bacaan Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi

Allahumma solli solatan kamilatan
Wasalim sallaman taammaa
A’laa saidina muhammadinil lazi
tanhallubihil u’kadu
Watanfariju bihil kurobu
Watukdho bihil hawa iju
Watunaalu bihirro gha’ ib-u
Wahusnu khawaa timi
Wayustasqhol ghomaamu
biwajhihil karim
Wa ala alihi wasah bihi
fi kulli lamhatim wanafasim
Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh

MAKSUD SELAWAT TAFRIJIYYAH

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYYAH

Selawat Tafrijiyyah : Bacaan dalam Rumi, Maksud & Kelebihan

Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya:
  1. Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
  2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
  3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW.
  4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
  5. Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
  6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
  7. Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
  8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
  9. Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
  10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT TAFRIJIYYAH

  • Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  • Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  • Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  • Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  • Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  • Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

BENARKAH TERDAPAT UNSUR SYIRIK DALAM SELAWAT TAFRIJIYYAH?


JAWAPAN MUFTI : Setelah dilakukan pengamatan terhadap lafaz-lafaz di dalam selawat tafrijiyyah, kami mendapati bahawa tiada unsur syirik padanya. Hal ini kerana huruf ba’ yang terdapat pada lafaz (تنحل به العقد) tersebut adalah al-ba’ al-sababiyyah yang membawa maksud (تنحل بسببه العقد) dengan sebab Nabi SAW. 

Oleh kerana itu, bila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan diletakkan “yang menjadi sebab terungkai kebuntuan”, kebuntuan yang paling besar terungkai dengan sebab Nabi SAW di dunia adalah isu kesyirikan dan kekafiran. Oleh itu, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini. Ini kerana ia hanya berkaitan dengan isu tawassul kepada Nabi SAW dan bukan mempertuhankan makhluk.

Berdasarkan penelitian, tidak terdapat unsur syirik di dalam rangkap selawat tafrijiyyah seperti yang diperkatakan. Bahkan, selawat ini mempunyai beberapa isi penting di dalamnya seperti doa, selawat dan tawassul. 

Justeru, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, asalkan dengan keyakinan bahawa pemberi kesan yang hakiki adalah Allah SWT bukannya makhluk. Walaupun begitu, digalakkan untuk mengutamakan selawat dan zikir yang diajarkan oleh Nabi SAW seperti selawat Ibrahimiyah kerana itu adalah sebaik-baik amalan. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menempatkan kita bersama dengan Nabi SAW di syurga kelak. Wallahua’lam.

VIDEO SELAWAT TAJFRIJIYYAH


Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.

– Surah al-Ahzab ayat 56

Semoga artikel kali ini dapat memberi panduan dan juga info bermanfaat untuk semua. 

SEKIAN

RUJUKAN :

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post