Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 ! Menang Tempat Ketiga !

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 ! Menang Tempat Ketiga !

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku menyertai sebuah acara explorace baru-baru ini yang dikenali sebagai Melaka Explorace 2024.

Melaka Explorace 2024 merupakan kembara harta karun anjuran Kerajaan Negeri Melama bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA melalui Kelab Kakitangan BERNAMA (KKB) telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan explorace ini.

Acara ini telah diadakan sepenuhnya di Negeri Melaka iaitu pada tanggal 5 Oktober 20204 manakala acara penyampaian hadiah pula adalah pada tanggal 6 Oktober 2024. Untuk makluman, Melaka Explorace 2024 ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Media dan Agensi Melaka & Bernama.

Melaka Explorace 2024 ini diadakan adalah untuk mempromosikan :-
  • sejarah, warisan dan budaya Melaka,
  • status Kota Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
  • pelancongan lestari dan langkah pemuliharaan Melaka
  • tarikan Melaka sebagai pusat pelaburan dan perindustrian
  • pemerolehan ilmu dan maklumat tentang Melaka
  • keseronokan dan persahabatan dalam masyarakat sivil

MELAKA EXPLORACE 2024

Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 ! Menang Tempat Ketiga !

Alhamdulillah, hanya  seminggu sebelum tarikh acara berlangsung, kami team KembaRojak iaitu aku, Along Murni, Zayani serta ahli import, Amirul memutuskan untuk menyertai Melaka Explorace 2024, bagi kategori Media. Pada hari Sabtu, 5 Oktober 2024, kami tiba seawal jam 7.30 pagi di sekitar Dataran Pahlawan, Melaka.

Selesai pendaftaran, sarapan, senamrobik dan ucapan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, pada jam 9.00 pagi peserta dilepaskan untuk Melaka Explorace 2024. 

WALK HUNT / RIVER CRUISE / BECA

Pada sebelah pagi, terdapat tiga tugasan yang perlu dilakukan oleh para peserta iaitu Walk Hunt, River Cruise dan juga Beca. Setiap ahli kumpulan dipecahkan mengikut aktiviti.

  • Walk Hunt : Peserta perlu mencari jawapan kepada beberapa soalan dengan melawat muzium & sebagainya. Selain itu, tiga gambar perlu diambil dengan klu yang diberikan.
  • River Cruise : Peserta perlu mengambil 6 gambar dari atas Melaka River Cruise berpandukan klu dan soalan yang diberikan.
  • Beca : Peserta perlu menaiki beca dan kemudian bergambar bersama abang beca sambil minum cendol berlatarbelakangkan tempat pelancongan menarik. 

Dalam masa yang sama, peserta juga perlu menjawab soalan keselamatan jalan raya & juga soalan pengetahuan am. Masa diberikan untuk menghantar jawapan adalah pada jam 11.30 pagi. Alhamdulillah, kami berjaya selesaikan semua aktiviti dan tugasan pada masa yang ditetapkan. Agak mencabar terutamanya untuk soalan dengan klu yang complicated. 
Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 ! Menang Tempat Ketiga !

ROAD HUNT / PHOTO HUNT / TREASURES / VIDEO

Selesai tugasan pada pagi itu, selepas menghantar jawapan, kami diberikan tugasan seterusnya iaitu Road Hunt, Photo Hunt & Treasures.

  • ROAD HUNT : Untuk tugasan ini, peserta perlu menaiki kenderaan dan mencari lokasi yang tepat berpandukan tulip. Untuk tugasan ini merangkumi tiga daerah di negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah & Jasin. Seperti biasa, aku ditugaskan untuk membaca tulip & sebagai co-pilot. Along Murni sebagai pemandu kereta. Zayani & Amirul pula menyelesaikan soalan & jawapan berdasarkan klu yang diberikan.
  • PHOTO HUNT : Dalam masa yang sama, tugasan yang diberikan di tulip juga adalah untuk bergambar di lokasi-lokasi yang ditetapkan. Enam gambar perlu diambil. Oh ya, lupa nak bagitahu bahawa semua tugasan gambar & video perlu dihantar melalui emel dan juga perlu dimuatnaik ke laman media sosial. 
  • TREASURES : Tiga barang perlu disediakan. Dua barang telah diberikan klu terlebih awal iaitu sebelum berlangsungnya Melaka Explorace 2023 manakala satu lagi barang perlu dibeli ketika road hunt berlangsung. Alhamdulillah, kami berjaya mencari dan ketiga-tiga barang. 
  • VIDEO : Tugasan video adalah video dengan pantun. Temanya adalah ' Kenapa Kami Sayang Melaka'.

Alhamdulilllah, kami berjaya menyelesaikan tugasan sehingga ke akhir. Lokasi terakhir adalah di bandar Jasin, Melaka. Habis acara pada hari tersebut sekitar jam 5.30 petang & kami beransur pulang menuju ke tempat penginapan. Sebelum sampai, sempat kami menjamah asam pedas di sebuah restoran.




MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MELAKA EXPLORACE 2024

Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 ! Menang Tempat Ketiga !

Pada 6 Oktober 2024 pula berlangsungnya majlis penyampaian hadiah. Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan. Seterusnya adalah ucapan Ketua Menteri Melaka dan selanjutnya bermulalah upacara penyampaian hadiah.

Sementara itu, terdapat juga hadiah cabutan bertuah berupa empat buah motorsikal serta beberapa lagi barangan elektrik. Terdapat juga hadiah bagi pakaian tradisional melaka bagi peserta yang hadir ke majlis pada pagi itu. 

Berikut adalah senarai hadiah bagi setiap kategori :-

KATEGORI TERBUKA

Pertama : RM 10,000
Kedua : RM 4,000
Ketiga : RM 2,000
Keempat : RM 1,000
Kelima : RM 600
Keenam - kesepuluh : RM 200 

KATEGORI MEDIA 

Pertama : RM 5,000
Kedua : RM 2,000
Ketiga : RM 1,000
Keempat : RM 800
Kelima : RM 500

KATEGORI AGENSI MELAKA / BERNAMA

Pertama : RM 5,000
Kedua : RM 2,000
Ketiga : RM 1,000
Keempat : RM 800
Kelima :  RM 500

PANTUN TERBAIK : RM 300
GAMBAR PELANCONGAN TERBAIK : RM 200

KEMBAROJAK MENANG TEMPAT KETIGA MELAKA EXPLORACE 2024

Pengalaman Menyertai Melaka Explorace 2024 ! Menang Tempat Ketiga !

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana KembaRojak berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Media. Alhamdulillah, sebenarnya aku sendiri tak sangka kami akan mendapat tempat kerana saingan yang agak sengit daripada pasukan lain.

Beberapa tugasan yang mencabar tetapi alhamdullillah berjaya menempatkan diri di kelompok teratas. Terima kasih juga kepada penganjur acara Melaka Explorace 2024. Semoga Melaka Explorace akan dianjurkan setiap tahun dan menarik orang ramai untuk datang ke Melaka.

Tak dilupakan, terima kasih diucapkan kepada ahli pasukan yang berusaha dengan keras bagi setiap tugasan. Masing-masing mempunyai tugas tersendiri dan berjaya melaksanakannya sebaik mungkin. Jumpa lagi dalam explorace berikutnya!



SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!