Assalamualaikum dan salam sejahtera
Shopee menganjurkan acara pencipta kandungan affiliate terbesar setakat ini pada Sabtu lalu, menghimpunkan lebih 2,000 affiliate dan lebih 80 jenama dalam edisi terbaharu Shopee House iaitu sebuah platform utama secara fizikal yang menyatukan affiliate, jenama, dan ekosistem Shopee untuk berhubung, belajar, dan berkolaborasi menjelang Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun. Acara ini memperkasa affiliate untuk memacu penemuan produk sambil membantu rakyat Malaysia berbelanja Lagi Murah dan Lagi Cepat.
Edisi kali ini diterajui oleh penaja utama seperti Kiehl’s, La Roche-Posay, Kérastase, dan Maybelline, bersama jenama tempatan kegemaran ramai seperti Naelofar, The Pastels Shop, ALARD, Bateri Hub Official, ZUS Coffee, dan banyak lagi. Jenama-jenama ini berinteraksi dengan affiliate melalui demo langsung, pameran produk, dan peluang penciptaan kandungan secara spontan. Hasilnya: kandungan yang lebih kaya dan bersifat lokal, daripada tutorial kecantikan dan nyahkotak gajet hinggalah ke sesi soal jawab secara langsung yang membantu pengguna menemui pilihan dipercayai dengan nilai yang Lagi Murah dan servis yang Lagi Cepat menjelang kempen 7.7.
Edisi Shopee House pada bulan Jun ini mencatat kehadiran lebih daripada dua kali ganda berbanding edisi Februari, yang menghimpunkan lebih 2,000 affiliate, menunjukkan komitmen Shopee untuk memperkasa perdagangan yang dipacu komuniti pencipta. Acara ini menggabungkan pelaksanaan kempen dengan pembangunan komuniti melalui sesi panel, masterclasses, dan reruai jenama. Affiliate turut menyertai padanan strim langsung di mana mereka berganding dengan penjual dalam sesi strim langsung untuk meningkatkan pendedahan menjelang kempen 7.7.
“Bukan soal menjadi viral, tetapi tentang menyampaikan kandungan yang tulus dan berintegriti,” kata Brozaki. “Pengikut mengikuti kita kerana keaslian, dan mereka membuat pembelian apabila mereka percaya kepada apa yang disampaikan. Dengan Shopee Live dan Shopee Video, saya dapat menunjukkan pengalaman sebenar dengan produk, dan itu yang benar-benar memberi impak.” JoyahSiKepoh menambah, “Kandungan yang berkesan tidak semestinya sempurna, tetapi ia mesti jujur.
Shopee memudahkan saya berkongsi minat terhadap produk dengan menggunakan pautan yang boleh dijejak, baucar, serta label ‘Shopee Lagi Murah’ yang membolehkan pengikut membuat pilihan lebih bijak sambil saya turut menjana pendapatan.” Buat FHStore, konsistensi adalah kunci:. “Kandungan yang ringkas tetapi konsisten boleh membina momentum dan kepercayaan, asalkan kita faham dengan keperluan pelanggan. Ciri-ciri Shopee memudahkan saya untuk memuat naik, tag, dan fokus dalam menyampaikan mesej dengan berkesan.”
Dalam sesi Masterclass Shopee Live, penstrim langsung cemerlang Norazlina Binti Azmi (Mekallynashop) berkongsi panduan praktikal untuk melaksanakan kempen secara berkesan. “Kejayaan dalam penstriman langsung tidak bergantung kepada saiz pasukan, tetapi pada strategi yang tepat dan penggunaan ciri-ciri platform secara optimum. Fungsi seperti komen yang dipin, baucar masa nyata dan tag produk membolehkan saya membimbing penonton dari minat terus ke pembelian.”
Sementara, dalam sesi Masterclass YouTube, pencipta kandungan teknologi Muhammad Najmi Abdul Rahman (TheKampungNerd) berkongsi cara membina kandungan jangka panjang daripada strim langsung, soalan lazim, dan ulasan pembeli – satu pendekatan lestari bagi pencipta dengan sumber terhad. “Tak perlu produksi hebat untuk beri nilai. Asalkan kita dengar kehendak penonton dan terangkan dengan jelas, walaupun hanya melalui tutorial ringkas atau video perbandingan, itu sudah cukup membina kepercayaan.”
“Menjelang Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun, Shopee House mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap perdagangan digital yang dipacu oleh kandungan,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia. Kami terus berusaha memperkasa pencipta kandungan melalui inisiatif seperti Content Creator Club, Livestream Ads Incentives, dan kerjasama strategik dengan YouTube yang membolehkan affiliate menukar video dan Shorts menjadi kandungan yang boleh dibeli secara langsung. Disokong oleh Affiliate Marketing Solution serta komitmen kami terhadap tawaran ‘Lagi Murah dan Lagi Cepat’, kami menyediakan lebih banyak peluang kepada pencipta untuk menjana pendapatan, berhubung dengan jenama, dan membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih bijak melalui suara yang mereka percayai.”
Layari https://shopee.com.my/m/7-7 untuk maklumat lanjut.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.