Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Filem Pulung Gantung: Pati Ngendat merupakan karya seram terbaharu dari Indonesia yang menggabungkan elemen mistik tradisional dengan ketegangan moden. Ditayangkan pada 6 Februari 2025, filem ini diarahkan oleh Chiska Doppert dan diterbitkan oleh Makara Production dengan Shankar R. S. sebagai penerbit. Mengangkat kisah misteri kematian tergantung yang dikaitkan dengan kehadiran entiti ghaib dikenali sebagai "Pulung", filem ini membina suasana ngeri di sebuah desa terpencil sambil meneroka sisi gelap kepercayaan masyarakat tempatan.

PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Genre: Seram / Mistik
Pengarah: Chiska Doppert
Penulis Skrip: Syahidah Izzata Sabilah
Penerbit: Shankar R. S.
Penyunting: Devri Dinarto
Skor Muzik: Deris Yaqin
Syarikat Produksi: Makara Production
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2025 (Indonesia)


Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)


BARISAN PELAKON FILEM: PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

• Andrew Barrett sebagai Ryan
• Michael Russel sebagai Ben
• Bulan Sofya sebagai Alana
• Annisa Kaila sebagai Elsa
• Adelia Resya sebagai Marlina
• Egy Fedly sebagai Karsidi
• Indra Pacique sebagai Prasetyo


SINOPSIS FILEM PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)


Rian (Andrew Barrett) kembali ke kampung halamannya, Desa Rawapendem di Gunungkidul, bersama kekasihnya Alana (Nadia Bulan Sofya) dan dua sahabat, Ben (Michael Russel) serta Elsa (Annisa Kaila), selepas mendapat berita bahawa ayahnya, Prasetyo (Indra Pacique), telah meninggal dunia. Mereka hadir bagi majlis pengebumian, namun suasana kampung yang sunyi dan murung memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Segalanya bertambah buruk apabila mereka menyedari bahawa kampung tersebut telah lama dilingkari kutukan kuno — makhluk berbentuk bola api merah yang dikenali sebagai Pulung Gantung. Pulung Gantung dikatakan menyerang individu yang berada dalam tekanan emosi, kemurungan atau lemah semangat, menguasai minda mereka sehingga memaksa mangsa menggantung diri. Ketakutan mencapai kemuncaknya apabila Alana diserang dan hilang, terperangkap di suatu tempat misteri yang tidak dapat dimasuki sesiapa.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Marlina (Adelia Rasya), ibu Rian, muncul untuk membantu dengan memberikan panduan. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Alana dan mematahkan kuasa Pulung Gantung adalah dengan mencari cincin sakti milik Ki Sangkut, seorang dukun lama yang dikebumikan di sebuah goa terpencil. Rian dan Ben memulakan pencarian berbahaya itu, manakala Marlina yang turut membantu, akhirnya mengalami kecederaan parah akibat gangguan ghaib.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Namun rahsia paling besar terbongkar — Prasetyo sebenarnya masih hidup. Dia telah memalsukan kematiannya sendiri, dan berniat untuk mendapatkan cincin sakti itu demi dirinya. Rupa-rupanya, dia mahu menggunakan cincin itu untuk menguasai Pulung Gantung dan mendapatkan kuasa ghaib untuk kepentingan peribadi. Pengkhianatan ini mengejutkan Rian, yang kini bukan sahaja perlu menyelamatkan Alana, tetapi juga berdepan kebenaran pahit tentang keluarganya.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Dengan kekuatan cincin sakti, mereka berjaya menyelamatkan Alana dan mematahkan kutukan Pulung Gantung. Namun, kepulangan mereka ke rumah disambut dengan tragedi — Marlina, yang terlalu trauma dan sudah menyerah kepada tekanan batin, akhirnya menggantung diri. Walaupun kutukan ghaib telah berakhir, desa Rawapendem kini menanggung luka batin yang mendalam dan tidak mudah sembuh.

ULASAN FILEM PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)

Sudah lama sebenarnya tak tonton filem, jadi aku pun bukalah salah satu laman streaming yang ada iaitu Netflix. Aku lihat filem ini berada pada tangga pertama, jadi aku pun tonton filem ini bersama keluarga pada hari ahad yang tenang. Jadi, berikut adalah antara review dan pandangan aku tentang filem ini.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Jalan Cerita: Bagi aku, jalan cerita Pulung Gantung: Pati Ngendat disusun dengan baik dan mudah difahami. Perkembangan plotnya tidak terlalu rumit, jadi penonton boleh mengikuti kisahnya dengan tenang. Elemen jumpscare pula dimasukkan pada waktu yang tepat—tidak berlebihan, dan berjaya mengejutkan tanpa rasa keterlaluan. Tema kekeluargaan turut diselitkan, apabila keluarga yang lama terpisah akhirnya ditemukan kembali, walaupun berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Sinematografi: Dari segi visual, aku sangat menghargai sinematografi filem ini. Setiap babak dirakam dengan kemas dan estetik, mencerminkan suasana desa Indonesia dengan cukup berkesan. Pemandangan yang dipaparkan turut membantu membina suasana seram yang diperlukan. Keseluruhannya, ia memberi pengalaman menonton yang lebih mendalam.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Lakonan: Prestasi para pelakon dalam filem ini boleh dikatakan memuaskan. Mereka berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan baik. Watak yang paling menonjol dari segi emosi ialah Prasetyo, bapa kepada Rian, yang akhirnya menjadi watak paling dibenci kerana sifat tamaknya. Karakter ini jelas memainkan peranan penting dalam mencetuskan konflik utama dalam cerita.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Budaya dan Agama: Filem ini turut menampilkan elemen budaya Indonesia yang menarik, namun unsur agama dilihat agak kurang diberi perhatian. Terdapat babak yang menunjukkan amalan solat, tetapi dalam masa yang sama wujud perlakuan yang kurang sesuai seperti pergaulan bebas. Ketiadaan watak keagamaan seperti ustaz atau tokoh agama dalam menyelesaikan konflik ghaib juga agak ketara. Sebagai penonton dari Malaysia, aku secara peribadi merasakan bahawa jika latar tempat filem ini diubah ke kampung di Malaysia, pasti akan ada peranan tokoh agama dalam mengimbangi unsur mistik.

Review Filem : Pulung Gantung: Pati Ngendat (2025)

Secara keseluruhan, Pulung Gantung: Pati Ngendat merupakan sebuah filem seram yang menghiburkan. Ia menyajikan kisah yang menarik, seram yang cukup menjadi, dan beberapa momen humor ringan yang menyegarkan. Bagi peminat filem seram dengan latar desa dan unsur mistik tempatan, filem ini wajar untuk ditonton. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10


SEKIAN

RUJUKAN : 
  • Netflix
  • Wikipedia
  • Google Image

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!