Assalamualaikum dan salam sejahtera
Filem Pulung Gantung: Pati Ngendat merupakan karya seram terbaharu dari Indonesia yang menggabungkan elemen mistik tradisional dengan ketegangan moden. Ditayangkan pada 6 Februari 2025, filem ini diarahkan oleh Chiska Doppert dan diterbitkan oleh Makara Production dengan Shankar R. S. sebagai penerbit. Mengangkat kisah misteri kematian tergantung yang dikaitkan dengan kehadiran entiti ghaib dikenali sebagai "Pulung", filem ini membina suasana ngeri di sebuah desa terpencil sambil meneroka sisi gelap kepercayaan masyarakat tempatan.
PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)
Genre: Seram / Mistik
Pengarah: Chiska Doppert
Penulis Skrip: Syahidah Izzata Sabilah
Penerbit: Shankar R. S.
Penyunting: Devri Dinarto
Skor Muzik: Deris Yaqin
Syarikat Produksi: Makara Production
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2025 (Indonesia)
BARISAN PELAKON FILEM: PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)
• Andrew Barrett sebagai Ryan
• Michael Russel sebagai Ben
• Bulan Sofya sebagai Alana
• Annisa Kaila sebagai Elsa
• Adelia Resya sebagai Marlina
• Egy Fedly sebagai Karsidi
• Indra Pacique sebagai Prasetyo
SINOPSIS FILEM PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)
Rian (Andrew Barrett) kembali ke kampung halamannya, Desa Rawapendem di Gunungkidul, bersama kekasihnya Alana (Nadia Bulan Sofya) dan dua sahabat, Ben (Michael Russel) serta Elsa (Annisa Kaila), selepas mendapat berita bahawa ayahnya, Prasetyo (Indra Pacique), telah meninggal dunia. Mereka hadir bagi majlis pengebumian, namun suasana kampung yang sunyi dan murung memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Marlina (Adelia Rasya), ibu Rian, muncul untuk membantu dengan memberikan panduan. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Alana dan mematahkan kuasa Pulung Gantung adalah dengan mencari cincin sakti milik Ki Sangkut, seorang dukun lama yang dikebumikan di sebuah goa terpencil. Rian dan Ben memulakan pencarian berbahaya itu, manakala Marlina yang turut membantu, akhirnya mengalami kecederaan parah akibat gangguan ghaib.
Dengan kekuatan cincin sakti, mereka berjaya menyelamatkan Alana dan mematahkan kutukan Pulung Gantung. Namun, kepulangan mereka ke rumah disambut dengan tragedi — Marlina, yang terlalu trauma dan sudah menyerah kepada tekanan batin, akhirnya menggantung diri. Walaupun kutukan ghaib telah berakhir, desa Rawapendem kini menanggung luka batin yang mendalam dan tidak mudah sembuh.
ULASAN FILEM PULUNG GANTUNG: PATI NGENDAT (2025)
Sudah lama sebenarnya tak tonton filem, jadi aku pun bukalah salah satu laman streaming yang ada iaitu Netflix. Aku lihat filem ini berada pada tangga pertama, jadi aku pun tonton filem ini bersama keluarga pada hari ahad yang tenang. Jadi, berikut adalah antara review dan pandangan aku tentang filem ini.
Lakonan: Prestasi para pelakon dalam filem ini boleh dikatakan memuaskan. Mereka berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan baik. Watak yang paling menonjol dari segi emosi ialah Prasetyo, bapa kepada Rian, yang akhirnya menjadi watak paling dibenci kerana sifat tamaknya. Karakter ini jelas memainkan peranan penting dalam mencetuskan konflik utama dalam cerita.
Budaya dan Agama: Filem ini turut menampilkan elemen budaya Indonesia yang menarik, namun unsur agama dilihat agak kurang diberi perhatian. Terdapat babak yang menunjukkan amalan solat, tetapi dalam masa yang sama wujud perlakuan yang kurang sesuai seperti pergaulan bebas. Ketiadaan watak keagamaan seperti ustaz atau tokoh agama dalam menyelesaikan konflik ghaib juga agak ketara. Sebagai penonton dari Malaysia, aku secara peribadi merasakan bahawa jika latar tempat filem ini diubah ke kampung di Malaysia, pasti akan ada peranan tokoh agama dalam mengimbangi unsur mistik.
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
SEKIAN
RUJUKAN :
- Netflix
- Wikipedia
- Google Image
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.