Assalamualaikum dan salam sejahtera
Qifarah Menampilkan Adegan Ritual Berdarah Yang Cukup Mendebarkan
Sharifah Sakinah sekali lagi tampil mengagumkan dengan lakonan mantapnya sebagai watak kompleks dan penuh misteri dalam filem seram terbaru arahan Ghaz Abu Bakar, Qifarah, yang mula menghantui pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini. Dalam filem ini, beliau membawakan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia gelap dan sanggup mengamalkan ilmu hitam demi memenuhi niat tersembunyi yang dipenuhi dendam dan misteri.
Sejak babak awal lagi, penonton sudah dapat merasai aura dendam dan kelicikan yang dibawa oleh watak Mawar. Watak ini bukan sekadar menambah elemen seram dalam Qifarah, tetapi menjadi pusat kepada pelbagai konflik mistik yang menggerakkan keseluruhan jalan cerita. Lakonan Sharifah Sakinah benar-benar meninggalkan impak yang begitu meyakinkan hingga menjadikan Mawar watak antagonis paling menyeramkan dan sukar dilupakan. Satu demi satu rahsia serta kejahatan yang disembunyikannya mula terbongkar, membawa penonton merasai sendiri deretan kejutan dan plot twist yang tidak disangka
Serbu pawagam berhampiran anda bermula 9 Oktober 2025 untuk menyaksikan Qifarah, filem seram terbaru yang sarat dengan debar, misteri dan rahsia gelap yang bakal menghantui fikiran anda! Ajak keluarga atau rakan sekali dan jangan lupa ikuti Facebook, Instagram, Twitter, serta YouTube Primeworks Studios untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.