Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Telaga Suriram ialah sebuah filem seram Malaysia 2025 arahan Osman Ali dan dibintangi oleh Maya Karin, Nabila Huda, Farid Kamil, Scha Alyahya, Puteri Rafasya dan Ellie Suriaty. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mei 2025 dan ditayangkan di Netflix bermual 23 Oktober 2025.

REVIEW FILEM : TELAGA SURIRAM (2025)

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?


Pengarah : Osman Ali
Penulis : Osman Ali
Penerbit : Yus Yusop
Penerbit Eksekutif : Osman Ali
Sinematografi : Khalid Zakaria
Suntingan : Nik Johan | Siti Khadhaijah Mohamad
Muzik: Nurzaidi Abdul Rahman
Syarikat penerbitan : Odissi Creative Sdn Bhd
Edaran : Antenna Entertainments
Tarikh tayangan : 1 Mei 2025 (Malaysia) | 23 Oktober 2025 (Netflix)
Durasi tayangan : 130 minit
Pecah panggung: RM 1.71 juta


BARISAN PELAKON FILEM TELAGA SURIRAM 

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?
  • Maya Karin sebagai Rohaya
  • Nabila Huda sebagai Maimon
  • Farid Kamil sebagai Zakir
  • Scha Alyahya sebagai Inspektor Karmila
  • Puteri Rafasya sebagai Suriram
  • Ellie Suriaty sebagai Mak Tijah
  • Fauzi Baadila sebagai Sopiyan
  • Zack Zabhas sebagai Hj. Mulok
  • Sri Idrina sebagai Manisah
  • Amar Bahri Shafiee sebagai Jabet
  • Shahidan Izwan sebagai Kasa
  • Naza Manas sebagai Long Derani

SINOPSIS FILEM TELAGA SURIRAM (2025)

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Suriram, gadis kesayangan berusia 10 tahun dari sebuah kampung terpencil, telah hilang, menyebabkan komuniti yang erat itu terjerumus ke dalam kekacauan dan ketidakpercayaan. Apabila mayatnya yang tidak bernyawa ditemui di telaga kampung, lemas dalam keadaan misteri, bisikan mengenai pengorbanan syaitan tersebar dengan pantas. Ketika ketakutan penduduk kampung semakin meningkat, satu kebenaran yang menakutkan mula terdedah – rahsia lama, malu yang terkubur, dan dosa yang dilupakan perlahan-lahan dibongkar.

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Namun, kengerian tidak berakhir dengan kematiannya. Hantu Suriram mula mengganggu kampung itu, menyeksa penduduknya, dan memecahbelahkan jiran-jiran. Maimon, seorang terpinggir yang bisu, dipenjarakan dengan kejam atas tuduhan, sementara ibu Suriram yang berduka, Rohaya, berada di ambang kegilaan, dihantui oleh roh anak perempuannya.

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Masuklah Insp. Kamila, seorang penyiasat yang bertekad dari bandar, yang dipanggil untuk menyelesaikan pembunuhan itu. Namun, apabila dia menyelidik lebih dalam ke dalam misteri itu, roh Suriram semakin kuat, dan lebih banyak nyawa terkorban. Zakir, anak yang dihormati ketua kampung Hj Mulok, bergelut untuk mengekalkan ketenteraman, mengetahui bahawa roh Suriram bukan sekadar gangguan - ia adalah ramalan menakutkan tentang nasib yang mengerikan yang mengancam untuk memusnahkan mereka semua.

ULASAN FILEM TELAGA SURIRAM (2025)

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Ditayangkan pada bulan Mei yang lalu di pawagam, malangnya aku tak sempat nak menonton kerana kekangan masa. Alhamdulillah, pada 23 Oktober baru-baru ini filem ini telah dimasukkan dalam senarai filem di laman streaming Netflix. Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk menonton filem ini. Sebenarnya ada juga beberapa review atau ulasan yang aku baca di laman sosial media berkenaan filem ini. Maklumlah, apabila dah masuk Netflis aku pasti lebih ramai orang akan menonton filem ini.

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Jalan cerita bagi filem ini bagi aku sebuah cerita yang sebenarnya mudah sahaja nak difahami. Bagaimana kehilangan dan kematian seorang budak perempuan di sebuah telaga misteri menjadi salah satu tanda tanya penduduk kampung dan juga polis. Ada saksi melihat kejadian itu, malangnya saksi itu pula mempunyai masalah mental dan misteri dirungkai satu persatu.

Malangnya, bagi filem berdurasi 130 minit ini, bagi aku banyak bahagian yang terlampau meleret. Ada beberapa babak yang kesinambungannya kelihatan tidak tepat atau jelas, membuatkan aku sebagai penonton macam 'apa benda ni?'. Selain itu, ada jugak babak berkemban & 18sx yang bagi aku sebenarnya tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak bawah umur. Aku tak sangka sebenarnya babak sebegini wujud dalam cerita 'seram' ini. 

Plot twist di penghujung cerita ini bagi aku sesuatu yang tidak mengejutkan. Maksud aku disini, penceritaan membawa ke plot twist itu bagaikan sudah dijangka.

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Barisan pelakon dalam filem menampilkan ramai pelakon-pelakon yang hebat seperti Maya Karin, Nabila Huda, Scha Alyahya, Farid Kamil dan Ellie Suriaty. Walaupun mereka ini berjaya membawakan lakonan yang hebat, malangkan kelihatan jurang yang sangat berbeza antara pelakon utama dan pelakon tambahan atau sampingan. Maaf, lakonan mereka kelihatan agak 'cringe' dan kelihatan dibuat-buat, bukannya bersahaja. 

CGI dalam filem ini bagi aku sangat lemah. Ya, aku tahu dua tahun filem ini diperam untuk produksi menyiapkan filem ini, malangnya tempoh itu rasanya masih belum cukup. Sinematografi ada yang nampak dah bagus atau ditahap yang baik, kemudiannya CGI pula sangat lemah. Untuk bab ini bagi aku filem negara seberang lebih baik dan bagus.

Seram dalam filem ini bagi aku sesuatu yang biasa sahaja. Mungkin filem misteri lebih sesuai kerana aku agak misteri dengan watak saka/hantu dalam filem ini. Untuk watak hantu Suriram itu aku faham, cuma pengenalan dan bagaimana saka itu wujud mungkin boleh diperhalusi lagi. Jadi, boleh dilihat elemen seram ini masih lemah dan boleh diperbaiki lagi.

Review Filem : Telaga Suriram (2025), Lakonan Mantap, Jalan Cerita Lemah?

Runut bunyi filem ini dinyanyikan oleh Biduanita Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, dengan judulnya Sesal. Ya, sebagai peminat beliau, lagu ini memang sesuai dengan beliau, tambahan pula beliau sendiri pernah menyanyikan begitu banyak runut bunyi filem-filem sebelum ini.

Kesimpulannya, filem ini merupakan sebuah filem yang masih menarik untuk ditonton tetapi banyak juga yang boleh diperbaiki. Tapi itulah, kalau tengok filem-filem yang telah ditayangkan takda pula mereka nak perbaiki apa yang kurang kan? Sayang betul sebab menampilkan barisan pelakon hebat dengan runut bunyi oleh biduanita, tetapi hasilnya sebegini rupa. Tak mengapalah, semoga apa yang negatif dapat diterima untuk filem-filem seterusnya. Untuk itu aku berikan filem ini :-


BINTANG : ⭐⭐⭐/10

SEKIAN

RUJUKAN :-
  • Netflix
  • Google Image
  • Wikipedia

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!