Puspa Indah Rilis Remake "Madah Dan Kerenah", Ciptaan Pencipta Lagu Ikonik "Suci Dalam Debu" dan Isabella

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Puspa Indah, seorang penyanyi muda terkemukda dari Padang, Indonesia kini mengorak langkah ke arena muzik Malaysia degan remkae lagu "Madah Dan Kerenah" ciptaan M. Nasir & S. Amin Shahab yang merupakan pencipta lagu ikonik ‘Isabella” dan ‘Suci Dalam Debu’. 

Lagu “Madah Dan Kerenah” asalnya dipopularkan oleh penyanyi Ramlah Ram, pada tahun 80-an dan 90-an di Malaysia, kini diberi nafas baharu dengan interpretasi vokal yang lembut dan bertenaga oleh Puspa Indah. 

Puspa Indah Armydea, yang juga merupakan finalis Liga Dangdut Indosiar (LIDA) 2020, berkata "Syukurlah, pembikinan semula 'Madah Dan Kerenah' telah diterbitkan oleh label muzik antarabangsa Luncai Emas di Malaysia. Sementara itu, di Indonesia, ia diedarkan dengan kerjasama oleh label Dua Suara Media’’ Jelas Puspa Indah.  

Remake semula ‘’Madah Dan Kerenah ‘’ nyanyian Puspa Indah adalah cetusan dari label Luncai Emas apabila produser lagu dari Padang – Hardo Maret mula bekerjasama dengan Luncai Emas dalam projek khas untuk rakaman lagu.  

Justeru, Puspa Indah dipilih kerana bakat serta keunikan vokalnya yang sesuai untuk lagu ini. Menurut Puspa Indah lagi ‘’Saya berbangga diberi kepercayaan untuk membawakan lagu ini, apalagi lagu ciptaan dari dua seniman legendaris M.Nasir dan S.Amin Shahab. Projek ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam kerjaya saya". 

Proses rakaman lagu & video muzik dilakukan di bandar Padang, Sumatera Barat oleh Hardo Maret bersama timnya,  Ibel Santano, Iwan Romeo, dan Rozac Tanjung.   

Rakaman lagu dibuat dengan sentuhan produksi yang moden tanpa menghilangkan jiwa asal lagu menjadikan versi ini lebih segar dan relevan untuk pasaran semasa. Untuk muzik video pula telah dirakam bertempat di jeti perairan Bungus, Sumatera Barat oleh produksi Limbago Team.  

Langkah ini turut mengukuhkan usaha mengembangkan karya muzik komposer Malaysia ke negara jiran. Antara karya komposer/penulis lirik yang meraih kejayaan terdahulu dibawah hakcipta Luncai Emas adalah termasuk “Tiara” ciptaan M. Nasir yang kembali popular di Indonesia melalui nyanyian Raffa Affar , “Suci Dalam Debu” ciptaan S. Amin Shahab yang terkenal di Indonesia, serta “Isabella” ciptaan M.Nasir yang juga turut menjadi hits di Indonesia. 

"Dengan pelancaran semula lagu Puspa Indah 'Madah dan Kerenah' di Malaysia dan Indonesia, diharapkan lagu ini akan menjadi hit semula dan berjaya pada hari ini," kata Datuk M. Nasir, pengasas dan pemilik Luncai Emas. Sandy Monteiro, Pengarah Presiden Dua Suara Media, turut menyokong sentimen ini.  

Single “Madah Kerenah” telah dilancarkan di youtube Dua Suara Media , manakala audio penuh boleh didengarkan di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain. 


INFO TENTANG LAGU REMAKE "MADAH DAN KERENAH"

  • Artis  : Puspa Indah 
  • Tajuk  : Madah dan Kerenah  
  • Komposer  : M. Nasir  Lirik   : S. Amin Shahab  
  • Produser  : Hardo Maret
  • Hakcipta  : Luncai Emas Sdn. Bhd. 
  • Terbitan : (P) + (C) Luncai Emas Sdn. Bhd.  
  • Edaran Digital : PT. Dua Suara Media  
  • Rakaman Studio (Vokal) : RTJ Productions  
  • Pimpro : Hardo Maret  Mixing/Mastering : Romenia Studio

Sekian

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!