Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, lokasi seterusnya untuk buffet ramadan yang anda boleh nikmati hidangan adalah di WTCKL. Ya, sebenarnya ini merupakan antara lokasi wajib untuk aku tulis di blog sejak beberapa tahun ini dan sebab utamanya adalah kerana hidangannya yang pelbagai dan sedap-sedap belaka.

BUFFET RAMADAN 2026 : LAMAN TRADISI DI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL) 

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) memperkenalkan bufet Ramadan 2026 bertemakan "Laman Tradisi", yang mengetengahkan gabungan sajian warisan dan suasana tradisional sepanjang bulan Ramadan. Diketuai oleh Chef Rusmi, bufet Ramadan tahun ini menawarkan lebih 200 pilihan juadah dengan lima (5) menu rotation berbeza sepanjang Ramadan.

Terdapat 22 hidangan utama seperti ayam, lembu & kambing, 21 hidangan seafood, 13 jenis ulam-ulaman, 28 jenis manisan dan 11 jenis air minuman. Pengalaman berbuka puasa ini dilengkapi dekorasi berinsipirasikan suasana kampung yang mencerminkan nilai kesederhanaan dan nostalgia.

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Selain sajian dari dapur WTCKL, bufet Ramadan ini turut menampilkan Nasi Kandar Saddam yang terkenal di Kuala Lumpur serta hidangan Nasi Mandy dan Kunafa hasil kolaborasi bersama restoran Mandy Al Yemen. 

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato' Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim, tema tersebut dipilih bagi mencerminkan semangat Ramadan yang berteraskan kekeluargaan dan tradisi. "Ramadan bukan sekadar tentang hidangan yang pelbagai, tetapi tentang kebersamaan, kesyukuran dan perkongsian. Melalui konsep Laman Tradisi, WTCKL menawarkan pengalaman berbuka puasa yang lebih bermakna, di mana tradisi, suasana dan rasa disatukan,"

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Bufet Ramadan WTCKL akan berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026, bertempat di Aras 2 Legar, dan beroperasi setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam. Harga early bird ditawarkan pada RM118, manakala harga biasa adalah RM138 untuk dewasa dan RM85 bagi warga emas serta kanak-kanak berusia tujuh hingga dua belas tahun. WTCKL turut memperkenalkan Flash Deal dengan harga serendah RM100 khusus buat pengikut media sosial WTCKL. Pembelian boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi: riverside.wtckl.com.

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Bagi kemudahan tetamu, WTCKL juga menyediakan ruang solat khas di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan kemudahan solat berjemaah bagi solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. Sepanjang Ramadan, caj tempat letak kereta ditetapkan pada kadar rata RM6 bagi kemasukan selepas jam 5.00 petang, manakala Pakej Banquet Ramadan untuk pelanggan korporat ditawarkan bermula dari RM148 nett dengan tempahan minimun 100 orang.

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Seiring dengan komitment WTCKL terhadap prinsip Environmental, Social and Governance (ESG), pihak WTCKL terus mengambil langkah proaktif dalam mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan. WTCKL menawarkan tiffin carrier edisi terhad bersaiz 16cm pada harga RM79 dan bersaiz 12cm pada harga RM59, selain itu bekas bento bersaiz besar pada harga RM59 dan bersaiz kecil pada harga RM45, bagi  memberi kemudahan kepada tetamu membawa pulang makanan selepas berbuka puasa.

Buffet Ramadan 2026 : Laman Tradisi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

INISIATIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT WTCKL

Selain penawaran bufet Ramadan, WTCKL turut menruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi Infaq Kasih 3.0 dengan rakan kolaborasi utama iaitu ikhlas.com dan juga rakan kolaborasi seperti Creative Seven Legacy, Mamee, dan WIpro Unza serta disokong oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Program ini dijadualkan berlangsung sekitar pertengahan Ramadan di Rumah Seri Kenangan Cheras dan akan melibatkan pengisian seperti Doa Selamat dan Tazkirah, Iftar Jama'i, solat TErawih berjemaah, serta agihan barangan keperluan asas.

Tambah beliau, "Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan WTCKL dalam menyokong komuniti setempat. Kami berharap program ini dapat memberi manfaat dan memabwa kegembriaan kepada warga emas sepanjang bulan Ramadan. 


WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR


41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!