Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku cuba meluangkan masa untuk menulis review makan yang mana sebenarnya aku pergi beberapa minggu yang lalu, tapi baru diberi kesempatan untuk menulis tentangnya.
Baiklah, masih ingat tak tentang kisah keluarga aku datang ke Lembah Klang? Pada hari terakhir mereka di sini sebelum berangkat pulang ke Kedah, aku bawa mereka makan di sebuah lokasi restoran yang menarik iaitu Supamala Hot Pot yang terletak di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.
MAKAN BERSAMA KELUARGA DI SUPAMALA HOT POT, BANGSAR SHOPPING CENTRE, KUALA LUMPUR
Bangsar Shopping Centre ni menurut aku macam sebuah pusat beli belah yang eksklusif untuk T20 dan mereka yang pencen dan tak tahu buat apa, sebab boleh nampak banyak expat dan warga 'berusia' yang lepak-lepak, shopping di sini. Mungkin sebab orang muda memilih pusat beli belah lain.
Tepat jam 2 petang, kami sekeluarga pun terus ke Supamala Hotpot. Kami datang berempat dan dapat duduk di meja bulat. Senang betul nak makan bila meja bulat, tambah pulak makanan memang banyak.
Ruangan dalam restoran memang selesa dan nampak eksklusif. Waktu kami pergi tu macam tak ramai jugak, jadi lagi seronok dan rasa private. Untuk pilihan buffet, nanti staff akan datang hantar, manakala macam sos dan sayur tu boleh ambil sendiri je.
SENARAI MENU BUFFET
Masa aku dengan family pergi, ini adalah antara promo waktu itu. Sekarang mungkin dah lain dan anda boleh check sendiri menu sekarang di https://supamalahotpot.my/menu/. Ada tiga jenis buffet, Basic Buffet Set, Meaty Buffet Set dan All-In-One Buffet Set.
Basic Buffet Set berharga RM 59.90 seorang dan dapat basic je lah, tapi jangan risau sebab semuanya free flow. Kalau nak upgrade sikit, boleh pilih Meaty Buffet Set RM79.90, akan dapat sekali Signature Meat Platter dan sebagainya.
Kalau nak upgrade lagi, boleh pilih All-In-One yang berharga RM99.90 dan akan dapat sekali All-In-One Platter. So memang berbaloi sebenarnya sebab semuanya free flow. Untuk minuman pulak, setiap set ni sebenarnya akan dapat air free flow yang sama iaitu Teh O Ais.
MASA UNTUK MAKAN
Rasa teruja bila satu persatu makanan sampai dan dihantar oleh staf. Bila tengok balik macam melampau banyaknya! Boleh habis ke? Tapi knowing my family, memang akan habis. Ini pun sebenarnya tak cukup lagi, sebab akak aku dan keluarga dia tak dapat join, kalau tak memang lagi meriah.
Oh ya, ini adalah hot pot, jadi tak ada grill ya. Aku ingatkan adalah macam nak grill daging ke, atau seafood, tapi tak ada. Walau bagaimanapun tak mengapa, masih boleh menikmati hidangan dengan tenang.
Untuk pilihan sup, ada 8 sebenarnya yang anda boleh pilih :-
- Sup Mala SUPA
- Sup Ayam Istimewa
- Signature Thai Tomyum Soup
- Sup Kari Laksa
- Sup Tomato Merah
- Sup Cendawan Liar
- Sup Sukiyaki Jepun
- Sup Emas Pedas Masam
Untuk hidangan kami, aku pilih yang popular which is Sup Mala SUPA, Sup Ayam Istimewa, Signature Thai Tomyum Soup dan Sup Kari Laksa.
Di atas adalah Meaty Platter. Dalamnya ada pelbagai jenis daging termasuklah satay ayam dan satay daging. Actuallay masa aku nak makan tu, aku tak pasti macam mana nak masak sate ayam ni, oh rupanya just rendam je dalam hotpot tu. Sesuatu yang baru untuk aku sebenarnya.
Ini pulak All-In-One platter, yang ini lengkap dengan seafood ya. Kalau sukakan seafood boleh ambil yang ni. Tapi memang banyak, dan yang paling penting kalau dah habis, boleh refill semula sebab ini kan free flow.
Alhamdulillah, memang banyak sangat makanan. Ada juga beberapa yang sempat minta untuk refill. Yang paling seronok sebab aku bawah mak dan ayah aku makan restoran macam ni. Sebab selalunya mereka akan makan kedai tomyam, kedai biasa-biasa, dan sebagainya. Untuk restoran hotpot macam ini, ini memang kali pertama untuk mereka.
Actually, aku sekarang memang suka sangat dengan smoked duck. Pertama kali aku cuba beberapa tahun lepas rasanya, and sampai sekarang kalau pergi ke mana-mana buffet mesti aku akan cari dulu smoked duck ni. Untuk sate pulak, aku memang gilakan sate, tapi tak boleh lawan dengan sate yang dipangganglah.
Secara keseluruhannnya, pengalaman makan di Supamala Hotpot bersama keluarga memang sangat memuaskan. Seronok aku tengok mak, ayah dan adik-adik aku makan, tapi rasanya yang paling banyak makan adalah aku? Semua makanan memang sedap, restoran pun memang bersih dan tenang. Suasana sesuai untuk bawa keluarga.
Untuk setakat ni ada tiga sahaja cawangan iaitu di Bangsar Shopping Centre, Sunway Pyramid dan juga Kuala Lumpur. Kalau ada cawangan di utara, maybe bolehlah lagi keluarga aku datang makan.
SUPAMALA HOTPOT @ BANGSAR SHOPPING CENTRE
LOKASI : S15 & S16, 2nd Floor, Bangsar Shopping Centre, 285, Bangsar, 59000, Kuala Lumpur
LAMAN WEB : https://supamalahotpot.my/
WAKTU OPERASI : 11am – 12:00am
TEMPAHAN : +6016-953 4879
SEKIAN














The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.