"Ada pihak nak jatuhkan Aeril"- Wawa Zainal


`Ada pihak nak jatuhkan Aeril'


Pelakon, Wawa Zainal, seakan cuba mengubah perhatian orang ramai daripada dakwaan kononnya dirinya sudah bernikah dengan Aeril Zafrel serta memiliki anak lelaki berusia 44 hari dengan mengeluarkan kenyataan dia mengenali pihak tertentu yang cuba menjatuhkan aktor terbabit.

Bukan sekadar tidak menyentuh langsung soal dirinya dikatakan sudah bergelar isteri dan ibu, sebaliknya status dimuatkan di Twitter miliknya semalam menyatakan, dia bukan sekadar mengenali diri Aeril, malah orang yang sejak dulu mahu dia membenci lelaki itu.

Ahad lalu, akhbar sisipan B*POP menyiarkan artikel pendedahan kononnya Wawa, 22, sudah berkahwin dengan Aeril atau Suhairil Sunari, 27, dan memiliki anak kecil yang dilahirkan dengan nama Ahmad Fakharuddin Attar di sebuah pusat perubatan di ibu negara, 24 Ogos lalu.

Pasangan ini dikatakan mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, 4 Februari lalu.

Persoalan bakal terjawab

Wawa yang membintangi filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang bersama Aeril juga melayangkan status membayangkan dirinya bersedia untuk berkongsi mengenai perkara sebenar tidak lama lagi.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan dia. Semua persoalan kalian akan terjawab dalam masa terdekat," tulis Wawa pada status Twitternya.

Semalam, Wawa turut mengutuskan mesej ringkas kepada HIP dengan mengatakan, dia mungkin akan mengadakan sidang akhbar pada minggu ini ataupun minggu depan.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin menerusi laman sosialnya juga mendakwa, kisah itu timbul kerana ada pihak tidak berpuas hati dan ingin melihat dia dan Aeril berantakan.

"Saya kenal Aeril Zafrel dan orang yang memang dari dulu mahu saya membenci padanya dan memang niat menjatuhkan dirinya. Semoga dia terus tabah sampai masanya," katanya.

Pelbagai reaksi peminat

Aeril menerusi akaun Twitternya berkongsi pendapat dengan Wawa dengan menyatakan, cerita pernikahan dan menimang cahaya mata itu seperti mahu menjatuhkan mereka.

Bagaimanapun, pelakon Aku Tak Bodoh ini sedikit pun tidak terkesan dengan cerita berkenaan kerana menurutnya, dia pernah melalui dugaan lebih besar.

"Ini cuma cebisan cubaan kerana sesungguhnya dugaan paling besar dalam hidup saya saat kehilangan ayah dan bonda. Sangat jelas niat `mereka' itu," tulis pelakon ini.

Berita kononnya pasangan ini sudah bernikah dan memiliki anak juga mendapat perhatian peminat yang kemudian mencoret pandangan mereka di laman sosial. Ketika sebahagiannya terkejut dengan cerita dibaca, sesetengahnya pula tidak percaya apabila menatap berita berkenaan.

Pada masa sama, ada peminat gembira dengan perkhabaran itu, malah berasakan kedua-duanya sesuai bergelar suami isteri.

Peminat dikenali sebagai Saffalina Yasmin umpamanya menulis: "Apa? Aeril Zafrel sudah berkahwin dengan Wawa Zainal dan mempunyai anak? Adakah ini satu jenaka?"

Ain Suhana pula berkata: "Aeril Zafril dan Wawa Zainal, kalau khabar angin itu betul, tiada apa yang perlu disembunyikan."

Seorang lagi peminat, Shafira Izzati, menulis: "Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah bernikah? Yay, kedua-duanya kelihatan sangat comel bersama."

~ Berita Harian

 Sumber 

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. hopefully mrk buat sidang akhbar soon. makin ditangguhkan makin byk fitnah yg timbul.

    ReplyDelete
  2. kita tak tau cerita sebenar, hanya mereka jer yang tau apa sebenarnya yang benar2 terjadi kan?

    ReplyDelete
  3. kalu asyik berdolak dalih, makin banyak cerita pelik keluar, terus terang tak nak. huhu

    recent post : iPhone 5C & 5S Dijual 1 November Ini

    ReplyDelete
  4. katanya harini nk kasitau kisah sebenar,
    susah jadi artis nie.
    harap2 diorg x kawin ler.
    melepas shark nnti.

    ReplyDelete
  5. Seriously ingatkan dorg betul2 kahwin last2 rumors je rupanya -.- Tapi an, dorang berdua nih memang serasi bersama. Kalau betul2 kahwin nanti, mohon diundang dalam rancangan Romantika. Mesti sweet :3

    ReplyDelete
  6. Dah terjawab tadi. Aeril dah mengaku tentang perkahwinan mereka. Moga mereka bahagia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post