Bandar raya Melaka #VMY2014


Bandar raya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka. Bandaraya ini terletak di daerah Melaka Tengah. Bandaraya ini merupakan bandar terbesar di Melaka. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008. 
Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), Valparaiso,Republik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).


Porta De Santiago

 
Porta bermaksud pintu dalam bahasa Portugis. Pintu masuk ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah dari kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis setelah mereka menawan Melaka pada 1511. Laluan berbentuk S tersebut dibina demikian untuk mengelak tembakan. Setelah orang Belanda mengambil alih pada 1641, mereka memulihara dan mengembangkan pengubuan tersebut. Di atas pintu gerbang, kita dapat melihat lambang VOC( Syarikat Hindia Timur Belanda) dan “1670” yang ditambah oleh orang Belanda pada tahun tersebut.


Istana Kesultanan Melaka

 
Sebuah replika Istana lama Kesultanan Melaka, muzium ini menggambarkan kisah menarik campuran unik pelbagai budaya di Melaka. Ia mempamerkan kebudayaan dan tamadun Melayu sejak abad ke-15. Terletak di kaki Bukit St. Paul, ia adalah satu-satunya Istana Melayu dari zaman kegemilangan Kesultanan Melaka yang dibina dengan ketelitian dan kehalusan yang sebegini.
Kompleks Stadhuys

 

Stadhuys merupakan peninggalan bersejarah yang tersergam dari era Belanda di Melaka, iaitu dewan Bandar dan kediaman gabenor yang besar dan merah yang dibina sekitar 1641 hingga 1660 dan dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur. Ia mempamerkan ciri-ciri lazim seni bina penjajah Belanda. Bangunan ini merangkumi:
-    Muzium Sejarah dan Etnografi
-    Galeri Laksamana Cheng Ho
-    Muzium Kesusasteraan
-    Muzium Peraturan Demokrasi
-    Muzium Gabenor
Menara Taming Sari

 
Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.

Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan

Bersebelahan dengan Porta De Santiago ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya dibuat oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan. Bangunan memorial ini menempatkan bahan pameran yang tidak ternilai tentang perjuangan kemerdekaan negara ini. Bahan pameran adalah dalam bentuk relik, manuskrip, pita video, filem dan slaid.
 Menaiki Beca


Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di bangunan  Stadthuys
 Melaka River Cruise (Kembara Sungai Melaka)



Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar  Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.

 Sumber Sumber
Apa pendapat anda tentang Bandaraya Melaka.Dah pergi??Macam mana best tak??Jom promosikan negara sendiri.Rasanya masih ramai rakyat Malaysia yg masih belum ke sini.
Anda ada lokasi menarik untuk dipromosikan #VMY2014??Komen disini!! 

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. baru sekali kita pergi melaka tu tak puas jenjalan..insyallah da rezki nak kecna lagi :)

    ReplyDelete
  2. melaka mmg mempunyai byk peninggalan sejarah. sape minat history blh je pegi ke melaka :) fae x minat sejarah hihi.

    ReplyDelete
  3. Banyak tempat menarik lagi bersejarah kat Melaka. Selalu ja kat Melaka tak dpt singgah lelama

    ReplyDelete
  4. baru sekali akak sampai melaka..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post