MLM 2013 : Sepahtu Beri Amaran Awal di MLM 2013


"Belum lagi bermula minggu pertama gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib, dan Rahim sudah mula membuktikan mereka mempunyai ‘fanbase’ yang cukup kuat.
Mana tidaknya, menerusi undian terkini di lamanwww.maharajalawakmega.com.mymenunjukkan kumpulan Sepah mendahului 15 kumpulan yang lain dengan kelebihan 41 peratus undi. Ini diikuti oleh kumpulan Shiro dengan 13 peratus dan Jambu dengan 12 peratus serta kumpulan-kumpulan lain yang menerima undian bawah dari 10 peratus.Adakah ini menunjukkan kumpulan Sepahtu seperti memberi amaran kepada kumpulan yang lain bahawa mereka akan menjadi kumpulan pilihan untuk kekal konsisten menjejakkan kaki ke gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013 kelak? 
Sedia maklum, baru-baru ini Jep telah memenangi kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular menerusi Anugerah Lawak Warna dan terbaru dia turut berjaya membawa pulang wang tunai RM100,00 selepas berjaya bergelar juara di program Super Spontan 2013.Kemenangan sememangnya sudah dijangka dan berpihak kepada Jep sendiri selepas perwatakan serta idea lawak yang dibawa olehnya boleh diterima ramai dan menghiburkan. Tidak mustahil kumpulan Sepahtu kini sedang mendahului peratusan undian tertinggi berbanding 15 kumpulan yang lain." SUMBER
 Kehangatan Program Maharaja Lawak Mega 2013 semakin terasa apabila malam ini merupakan gelanggang pertamanya.Siapakah yg bakal menonjol pada malam ini??Sama-sama kita saksikannya.Lawak atau tak lawak! :D
 

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post