SABAH #VMY2014


Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu". Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.


PORING HOT SPRING
Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.
Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.

GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota
Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
Pengangkutan
Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.
Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding  bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.
Harga Tiket:
TAMAN  KINABALU
          BUTIR-BUTIR
          DEWASA(RM)
     KANAK-KANAK(RM)
Pelancong Tempatan
            3.00
              1.00
Pelancong Asing
           15.00
            10.00
 

                    

PULAU SIPADAN
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.
Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai,  batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.
Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.
Pengangkutan
Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat.
Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30  minit.


*Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik,apa yg angah tunjuk kt sini hanyalah secebis daripada keindahan SABAH.Jadi apa lagi yg anda tunggu??Jom melawat NEGARA SENDIRI!! :D


11 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wahh angah promosi sabah negeri kita..trima kasih :)..jemput datang ke sabah

    ردحذف
  2. Sabah best untuk melancong...tapi barang-barang makanan agak mahal sikit...saya suka sabah.

    ردحذف
  3. Thanks angah sbb buat promo about my beloved Sabah..:)

    ردحذف
  4. kecik jer pulau sipadan . tapi memang cantik ... mesti byk coral kat situ ...

    ردحذف
  5. ala, sikitnya haha...SABAH the most beautiful in Malaysia..

    ردحذف
  6. banyak lagi yang best kat sabah angah..kalau kat tawau,makanannya sedap2 dan murah..memang terbaik..

    ردحذف
  7. Sya pnh ka poring.mmg sgt best dan nyaman tmpatnya..rasa nk pg lg..nk cri buah tarap :)

    ردحذف
  8. Dari dulu teringin nak jejak kaki ke Sabah. Mungkin nanti :)

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم