Facebook : Kejahatan Tanpa Sebarang Petanda


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Facebook : Rasanya zaman sekarang ni,boleh dikatakan semua golongan umur manusia di dunia ini sedang menggunakan facebook,walaupun sekarang ini,golongan muda lebih suka pada social media yang lain,tetapi tidak bermakna Facebook di lupakan.
"Apa yang menjadi hal di sini adalah benarkah kita sudah menggunakan Facebook dengan secara telus dan sah di sisi agama?"
Ada perkara yang boleh dan ada juga beberapa perkara yang kita tak boleh lakukan di Facebook.
Kadang-kadang ada yang suka Like dan Share berita atau cerita yang dia lihat dan baca di facebook. Apa yang menjadi kisah di sini adalah,tak semestinya cerita itu benar,mungkin ianya fitnah semata. Apa nasihat angah adalah,lebih baik kita siasat dulu kebenarannya,kerana kalau tidak kita akan mendapat akibatnya di akhirat kelak.
Kadang-kadang ada beberapa manusia yang suka upload gambar di Facebook. bukannya tidak boleh,boleh. Cuma yang tak boleh kalau gambar kita itu,lebih kepada maksiat. Kalau gambar kita tu tak tutup aurat,sudah semestinya berjuta-juta orang akan melihatnya. Jadi,saranan angah adalah settingkan gambar atau folder itu kepada Only Me,iaitu hanya anda sahaja yang akan nampak gambar itu. Jadi,anda akan terlepas daripada dosa mendedahkan aurat. Tapi yang lagi elok adalah,tak perlu upload langsung gambar itu.
Kadang-kadang ada yang jenis berkawan di dalam Facebook,secara alam maya.Seperti yang angah cakapkan di atas tadi,bukannya tak boleh,berkawan biarlah ramai.Tapi kadang-kadang sebab berkawan itu,kita akan menjadi seperti yang tidak sepatutnya. Mungkin orang yang kita telah berkawan di Facebook itu sebenarnya mempunyai agenda tertentu? Jadi,saranan angah adalah selidik dulu latar belakang seseorang dahulu sebelum berkawan rapat.
Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh angah kongsikan,tetapi cukuplah setakat ini sahaja. Angah rasa anda mungkin lagi tahu lebih banyak,apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di Facebook ini.
Sekian.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Media sosial sprt facebook juga boleh mgalakkan hibungan terlarang/ kecurangan itu bmula.

    ReplyDelete
  2. kesimpulannya kene pandai gunalah kan..kalau x takyah berfacebook bagai,,

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post