Selamat Hari Guru 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angah terpanggil untuk membuat satu entry khas berkenaan Hari Guru. First of all,angah nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan sesiapa sahaja yang pernah memberi ilmu,anda adalah seorang yang paling mulia kerana memberi ilmu kepada orang lain.
Masih angah ingat,ketika angah di Tadika Islam,Kuala Kangsar,ketika itu ada seorang cikgu,namanya Cikgu Maryam.Tapi itu adalah ketika tahun 2001,ketika angah berusia 6 tahun.Tak sangka dah lama berlalu ,tetapi angah masih boleh ingat lagi nama cikgu.
Kemudian di sekolah rendah,angah berjaya mengenali ramai cikgu,kerana apa? Kerana angah bersekolah rendah di 3 buah sekolah!! Sekolah pertama,Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2,Kuala Kangsar. Kenangan manis? Kenangan ketika berkelah di tepi padang sekolah time waktu kelas. Angah bersekolah di situ ketika darjah satu dan darjah dua sahaja.
Kemudian,angah berpindah ke Beruas,Perak.Angah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beruas,Perak. Kenangan manis adalah angah masuk pertandingan nasyid.Selain itu,angah juga pernah menjadi penyajak terbaik sekolah.Angah bersekolah di situ dari darjah 2 sehingga darjah 5
Kemudian angah berpindah lagi ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan,Kedah.Kenangan manis? Sudah semestinya apabila angah mendapat 5A dalam UPSR!! Angah bersekolah di situ dari darjah 5 sehingga darjah 6.
Sekolah menengah pula,angah bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Pulau Pinang. Kenangan manis? Banyak sangat kenangan manis,antaranya dapat straight A's dalam exam.
Sekarang pula angah sedang belajar di UiTM Shah Alam,Selangor.Alhamdulillah,setakat ini baik-baik sahaja.
Ucapan :
"Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya selama ini.Terima kasih kerana sanggup mengajar saya sehingga berjaya berada dimana saya berada ketika ini."
Sekian. 

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم