Tips Untuk Anda Berjaya dan Cemerlang Di iPTA/iPTS



Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Entry Khas!! Khas untuk anda yang akan menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Entry khas untuk Lepasan SPM yang baru sahaja mendapat keputusan UPU dan juga baru sahaja selesai membuat keputusan untuk sambung belajar.Selalunya,ramai yang akan tersesat dan terkeluar daripada landasannya. Mengikut pemerhatian saya,kadang-kadang bila di waktu convocation,jumlah pelajar yang konvo tidak sama dengan jumlah pelajar yang masuk ketika di awal semester pertama.
Kenapa hal ini berlaku?
Kerana ada sesetengah pelajar yang terpaksa repeat paper atau subjek itu.Maka mereka terpaksa menambah bilangan semester yang ada lantas menjadikan mereka konvo lambat berbanding rakan-rakan yang sama batch dengan mereka.
Anda mahu hal itu jadi kepada anda?

Sudah tentu tidak!! Sudah semestinya anda mahukan yang terbaik ketika di universiti atau institusi pengajian anda. Sudah semestinya anda mahu lakukan yang terbaik demi keluarga anda.
Jadi,di kesempatan yang ada ini,saya ingin memberikan tips-tips mudah untuk memastikan anda dapat capai apa yang anda kehendaki. In shaa Allah,ia kan berhasil. 

1. Pandai Pilih Kawan

Kawan merupakan seseorang yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap anda. Kawan mampu membuatkan anda berjaya dan kawan juga mampu membuat anda gagal. Sebagai seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi,anda perlulah pandai memilih rakan yang betul sebagai langkah ideal untuk anda terus capai kejayaan.
Sebagai contohnya,jika ada rakan yang nakal dan bermasalah,seelok-eloknya kita harus hindari diri daripada berkawan rapat dengannya,tetapi boleh kalau anda mampu mengubah diri kawan. Dalam erti kata lain,andalah sahabat yang baik untuk rakan yang bermasalah itu. Apa yang saya terangkan disini,bukannya kita tidak boleh berkawan dengan orang yang bermasalah,cuma kita perlu ingat,bila dah tersilap langkah,mungkin sudah tiada jalan kembali lagi. 
2. Fokus Dengan Pelajaran Anda


Apa yang saya dapat perhatikan,masa kini,susah untuk seseorang fokus dengan pelajaran anda. Mengapa? Hal ini kerana pelajar masa kini dihujani dengan kemudahan yang terlampau banyak. Pelbagai jenis kemodenan yang wujud kadang-kadang membuatkan pelajar menjadi lalai dan akhirnya terbabas.
Jadi,sebagai seorang pelajar yang inginkan sesuatu,anda perlulah pandai memilih perkara-perkara yang sepatutnya difokuskan. Kadang-kadang ada perkara yang tidak perlu difokuskan,tetapi di ambil serius oleh pelajar itu,akhirnya pelajaran terabai,lantas kecewa akhirnya.
Jadi,nasihat saya disini,fokus pada pelajaran,kalau hal-hal yang lain,mungkin dibolehkan tetapi tidak perlu sampai pelajaran di abaikan. 
3. Perancangan masa
Perancangan masa adalah penting ketika ini. Hal ini kerana kita perlu membuat jadual masa yang bagus supaya perjalan dalam semester berjalan dengan lancar.Mungkin anda masih belum tahu lagi,tetapi sememangnya rahsia untuk berjaya adalah melalui masa yang dirancang dengan rapi.
Hal ini kerana waktu kuliah adalah berlainan,dicampur dengan waktu bermain,waktu beriadah,waktu ulangkaji pelajaran,waktu lain-lain lagi,sudah semestinya pelajar itu akan merasakan waktu sangat tidak cukup bagi dirinya. Jadi,perancangan masa yang benar-benar efektif akan menjadikan seseorang pelajar itu sentiasa bersedia dan mampu cemerlang di akhir nanti.


4. Jaga Hubungan

Hubungan sesama kawan.Sememangnya hubungan sesama kawan adalah penting kerana rakan kita yang akan membantu kita ketika di institusi pengajian tinggi. Kawanlah yang akan menjadi seseorang yang sangat diperlukan selagi mana kita berjauhan dengan ibu bapa.
Hubungan dengan lecturer.Ini adalah yang paling penting. Sebenarnya untuk ini,ianya adalah sama seperti ketika di sekolah. Kadang-kadang ada lecturer yang akan memberikan markah lebih kerana anda baik dengannya. Ada pula yang memberikan markah rendah,sekirangan anda melakukan masalah dengannya. Jadi,berbaik-baiklah dengan lecturer anda.
Hubungan dengan ibubapa. Ini adalah yang paling penting. Sememangnya impian ibu bapa adalah untuk melihat anak mereka berjaya dan cemerlang. Mereka sanggup menghabiskan ribuan malah jutaan ringgit hanya semata-mata untuk melihat anaknya berjaya.Jadi,mungkin kita berjauhan dengan mereka,tetapi setidak-tidaknya anda berhubungan dengannya.
Hubungan dengan Allah SWT.. Sememangnya inilah yang terpenting. Selagi mana anda masih mengenal tuhan anda,selagi itu anda akan diberkati. Bersyukurlah dengan apa yang anda telah dapat selama ini. In shaa Allah,anda akan dapat apa yang anda hajati kerana Allah SWT Maha Adil. 
Sekian sahaja daripada saya. Saya harap anda dapat sedikit ilmu dan tips dari saya. In shaa Allah anda akan berjaya suatu hari nanti. Selain itu,ingat juga bahawa setiap yang datang kepada anda adalah dugaan dan cabaran dari-Nya.Sentiasa istiqomah diri. In shaa Allah,anda dapat hadapi segala rintangan. 
 Terima Kasih.


6 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم