Kereta Banyak Gila!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya angah sampai juga di rumah tercinta. Perjalanan semalam dari Bandar Baru Selayang ke Kulim mengambil masa yang agak lama. Kenapa dari Selayang? Sebab semalam angah dari Shah Alam naik Komuter ke Batu Caves,ke rumah ibu saudara angah, untuk kali ini angah tak naik bas.
Apa yang boleh angah ceritakan,kebanyakan warga kota balik ke kampung pada waktu malam yang menyebabkan kereta yang banyak di lebuhraya utama terutamanya Lebuhraya Utara Selatan. Boleh dikatakan kereta yang banyak menyebabkan trafik tidak bergerak langsung. Dari sekitar kawasan Rawang sehinggalah ke kawasan Simpang Pulai.
Selain itu,disebabkan banyak sangat kereta,angah dan ibu saudara angah berhenti di RTC Simpang Pulai. Apa yang angah perhatikan,banyak sangat orang di situ,walaupun ketika itu sudah pukul 4 pagi. Keadaan keretanya seperti ada festival atau karnival di situ.
Alhamdullillah,akhinya angah sampai juga di rumah tepat pada jam 10.00 pagi. Perjalanan yang panjang dan bosan. Sebab apa? Angah hanya tidur sahaja dalam kereta. Apa-apa pun angah rasa tak sabar nak sambut raya HAJI @ QURBAN pada esok hari. 
 Sekian.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post