Review Blog #3



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Review blog kembali lagi. Kali ini 5 blog yang bertuah ialah blog-blog seperti yang tertera di bawah. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.

1. http://jmbelog.blogspot.com/


Sebuah blog yang menarik. Buat pertama kalinya angah masuk ke blog yang angah tak dapat jumpa header. Menarik bukan? Setelah angah selidiki lebih lanjut tentang blog ini,angah percaya bahawa kebanyakan entri di dalam blog ini adalah fakta menarik dan yang pelik-pelik. Contohnya, Jangan Mudah Terpedaya dan juga Adakah umur mempengaruhi kesuburan lelaki.
Jadi,bagi angah sendiri,blog ini merupakan blog yang dapat trafik dan jumlah pembaca yg tinggi kerana banyak entry menarik. Betul tak? Selain itu,terdapat lagu di dalam blog,yg menjadikan loading yg agak lambat. Jom terjah blog ini! 


2. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/

Blog seterusnya yang akan direview adalah blog Gnisnuy . Apakah? Mungkin pemilik blog ini mempunyai maksud tersirat berkenaan tajukblog ini. Melihat kepada header di atas,cantik headernya dengan gambar piano sebagai latar belakang.
Apa yang angah suka tentang blog ini adalah background yg berwarna putih. Sememangnya background putih lebih senang untuk kita baca entri. Apa yg angah dpt tengok dari entrynya,banyak entry menarik berkaitan diri pemilik blog dan juga blognya sendiri. Apa-apa pun good job. Jom terjah blog ini!! 


3. http://www.schanazri.com/


Blog yang comel ini di beri nama The Untold Story By Scha Nazri. Pertama sekali,angah begitu kagum dengan cara setiap entri diceritakan. Selain itu,warna yang tidak terlampau menonjol menjadikan blog ini cantik di mata.
Tak ada apa lagi nak cakap tentang blog ini sebab semuanya cantik sangat. Nak tengok lagi keunikan blog ini? Jom terjah blog ini... 


4. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/


Blog yang menarik. Kalau tengok pada url blog itu,jelas bahawa blog ini berkenaan novel. Apa yang angah dapat observe ialah ada banyak entri berkenaan novel yg dihasilkan oleh pemilik novel ini sendiri. Terbaik!! Bagi angah blog ini adalah blog yang unik.
Apa yang angah suka ialah blog ini mempunyai byk widget yg menarik. Selain itu,warna yang tidak berserabut. Mungkin di bahagian bawah header boleh diperbetulkan lagi,sebab ia agak mengganggu masa loading blog. Selain itu,ada beberapa widget yang rasanya tidak perlu. Apa-apa pun itu adalah pendapat angah sendiri.Jom terjah untuk ketahui lebih lanjut. 


5. http://diarisihazimah.blogspot.com/



Blog yg terakhir yang akan dipromote angah ialah blog Hazimah. Cantik kan headernya? Terbaik. Pertama sekali,angah nak cakap berkenaan dengan tulisan di dalam blog ini.Ada beberapa entri yg angah tak dapat membaca tulisannya,kerana apa? Kerana warnanya yag terlampau cerah. Selain itu,tulisan yang kecil menyusahkan angah juga,sebab angah seorang yang rabun.
Untuk yang lain-lain rasanya dah oke. Cuma mungkin boleh pelbagaikan lagi entri-entri menarik. Good job!! Jom terjah blog ini.. 

Sekian sahaja review untuk hari ini. Nantikan entri review selanjutnya..

6 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم