Gegar Vaganza Terbaik!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Episod pengenalan Gegar Vaganza yang disiarkan pada malam Ahad, telah menjadi bualan dikalangan peminat-peminat industri hiburan tanah air. Program realiti  terbaru terbitan Astro itu nampaknya telah mendapat sambutan menggalakkan dari penonton kerana menerusi tinjauan Astro Gempak, pengguna laman sosial terutama di Twitter dan Facebook sudah mula ‘memperkatakan’ tentang program tersebut sejak ia mula bersiaran.Minggu pertama yang bertemakan ‘Lagu Hit Peserta’ telah membuka tirainya dengan persembahan pertama dari Shima dengan lagu hitnya berjudul ‘Teringin’.
Pentas menjadi semakin hangat apabila giliran Hasnol menyampaikan lagu popularnya ‘Laguku Untukmu’, Sharifah Zarina dengan ‘Langit Ketujuh’, Adila membawakan ‘Bukan Aku Tak Cinta’, persembahan solo Sam  Innuedo dengan lagu ‘Belaian Jiwa’, Nadia ‘Salam Untuk Kekasih’, Ifa Raziah satu-satunya ratu dangdut menyampaikan lagu ‘Ser Ser Ser’, Haleeda ‘Setia Kasih’, Fazli Zainal menyusul dengan lagu ‘Harapan’, diikuti Ayai Illusi ‘Segalanya Ku Terima’, Rahmat Mega ‘Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara’ dan persembahan penutup dari Mamat Exist yang membawakan lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’.
Rata-rata pengguna twitter memuji kemantapan vokal para peserta yang masih bertenaga dan hebat seperti zaman kegemilangan mereka.Beberapa orang selebriti seperti Zoey Rahman, Fizo Omar, Tomok, Michael Ang, Damian VE, Zarul Umbrella, Datuk Aznil dan Datuk Siti Nurhaliza juga memberi sokongan kepada program tersebut dengan menghantar tweet dan retweet mereka ke #GegarVaganza.
Penonton Gegar Vaganza turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana program itu tidak disiarkan secara langsung kerana mereka merasakan lebih menarik sekiranya ia bukan rakaman.Gegar Vaganza juga menerusi #GegarVaganza telah menjadi trending di seluruh Malaysia!

Sumber : AstroGempak 

Bagaimana?

Pendapat angah sendiri,rancangan ini sememangnya merupakan sebuah rancangan yang bagus . Sebab apa? Sebab rancangan ini membawa kembali penyanyi dan artis lama untuk kembali beraksi di atas pentas nyanyian. Mungkin ini adalah tempatnya untuk mereka kembali menyengat? 
Apa-apa pun angah suka dengan pengacara rancangan ini iaitu Jihan Muse dan juga Nabil Ahmad. Terbaik!! Sekian. 


3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post