Tahniah Akademi Fantasia 2014!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pendapat angah :-

Sekalung tahniah diucapkan kepada Akademi Fantasia 2014 kerana telah berjaya menghidupkan kembali suasana seperti Akademi Fantasia musim terdahulu. Walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki,pujian patut diberikan kepada pihak pengelola AF kali ini kerana ia dilihat berjaya mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik. Tahniah juga kepada mereka yang berjaya pada konsert Final semalam.

Berita dari AstroGempak :- 

Akhirnya selepas 10 minggu, tirai Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) dilabuhkan dengan Konsert Akhir AF 2014 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula jam 9 malam tadi (Ahad).
Sebaik sahaja keputusan diumumkan pengacara pada malam ini, iaitu Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Muse ramai yang terkejut kerana ramalan mereka meleset malah, tersasar jauh!
Malam ini menjadi milik Mhd Firman Bansir atau Firman, apabila dia dinobatkan sebagai juara AF 2014 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah Toyota Vios TRD Sportivo, pakej percutian ke Osaka, Jepun berserta trofi sumbangan Astro.
Firman telah menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu, Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir.
Kemenangan Firman sememangnya sudah dijangka, namun ramai yang tidak percaya apabila Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abdul Aziz bergelar Naib Juara. 
Peserta berusia 21 tahun yang berasal dari Melaka itu telah memenangi RM30,000, sebuah Perodua Myvi, pakej percutian ke Osaka, Jepun dan trofi.
Sebelum ini ramai yang menjangkakan peserta yang diserap masuk menerusi AF Serap, Adel bakal juara AF 2014 atau berada di tempat kedua, tetapi nampaknya rezeki tidak menyebelahi gadis dari Sabah itu apabila dia diumumkan berada di tempat kelima.
Adel membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000. Sementara itu  Ikhwal Hafiz Ismail atau Ewal yang menduduki tempat ketiga telah menerima RM20,000. Seorang lagi perserta ‘favourite’ iaitu Nuha terpaksa akur apabila dia diumumkan sebagai pemenang di tempat keempat dan diberikan RM15,000.
Selain wang tunai, peserta ditempat ketiga, keempat dan kelima turut memenangi pakej percutiaan ke Osaka, Jepun dan trofi. Hadiah telah disampaikan Pengetua AF2014, Datuk Hattan. 

 Sumber : AstroGempak
 Sekian Terima Kasih..

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tahniah buat pemenang.. BBL tak follow sangat AF sebab kat rumah tak apply Astro

    ReplyDelete
  2. tahniah!!....tak ingat pon malam tadi AF sebab tak selalu tengok...hihi

    ReplyDelete
  3. saya pun terkejut dengan kemenangan Aman tu. saya sangka dia nombor 5.

    ReplyDelete
  4. Ala Etuza nak ikut Aman ke Osaka Jepun lah..hehehe teringat Etuza dulu ada pergi ke Osaka Jepun..negara maju tu huuuu Aman!!! damai lah Aman

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post