Don't let IDIOTS ruin your day.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Don't let IDIOTS ruin your day.

Anda ada kawan? Semmangnya angah sendiri mempunyai ramai kawan. Dan sudah semestinya bila mana kita mempunyai ramai kawan,kita akan mempunyai pelbagai jenis perangai yang kawan kita lakukan. Bukan senang untuk hadapi pelbagai jenis ragam dan masalah yang kawan-kawan kita buat. 

Macam angah sendiri,kadang-kadang angah rasa kawan-kawan di sekeliling angah langsung tidak membantu dalam apa jua jenis masalah yang angah hadapi. Dan adakalanya kawan angah selalu membuat perkara yang angah rasa sememangnya tidak patut dilakukan bagi sesuatu yang bergelar manusia.

Angah juga mempunyai kawan yang akan bersama angah hanya ketika bergembira sahaja. Bila angah mahukan sesuatu atau mahu bergembira di mana-mana,sudah semestinya kawan yang satu itu kan ada,tetapi sebaliknya yang terjadi bila angah tidak mahu bergembira. Mungkin itulah kawan yang sekejap ada,sekejap tak ada.

Apa-apa pun bagi angah sendiri,bila dah terlampau stress dengan kawan-kawan,apa kata rileks dengan duduk seorang diri di suatu sudut dan tidur. Mungkin ianya merupakan satu kerja bodoh,tetapi angah rasa ianya lebih baik berbanding bersama rakan-rakan yang pelik. 

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bukan senang angah nak dpt kawan yg sama2 senang dan susah! kalo dah dpt satu tu appreciate him/her. dan kita pon kena la jd seseorang yg boleh tumpang time susah dan bersama waktu senang kpd shbt kita! Good luck angah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! :) insyAllah kita pun kena sama2 usaha jadi kawan yg bersama susah senang utk orang lain happy dgn kita jugak :)

      nak panggil angah jugak lah :D be strong and be happy, angah!

      hanisamanina.com

      Delete
  2. tak pun duduk berkurung dalam bilik...lagi bagus kot :)

    ReplyDelete
  3. betul!! akak setuju.. dulu2 selalu buat mcm tu gak hehehe

    ReplyDelete
  4. biasa la manusia pelbagai jenis , x semua saling memahami . kalau strees saya pergi sorang je pantai buat tenang hati :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post