Kejayaan Tidak Datang Bergolek




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu yang lalu,telah berlangsungnya sebuah majlis di fakulti angah bagi meraikan mahasiswa yang mendapat anugerah dekan bagi semester 2014/2015. Alhamdulillah, majlis telah diadakan di Dewan Besar Intec,dengan mengangkat tema anugerah oscar,majlis kali ini dilihat berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini.




Alhamdulillah.

Angah merupakan salah seorang daripada mahasiswa dan mahasiswi yang telah terpilih untuk diberikan anugerah dekan. Sesungguhnya angah berasa begitu gembira kerana hasil daripada usaha dan susah payah angah selama dua semester telah mendapat hasilnya.
Untuk pengetahuan semua,untuk majlis tersebut,ia merupakan majlis untuk semester kedua dan ketiga. Ia dibuat sekaligus untuk menyenangkan proses pemberian sijil. Sebelum ini angah dah dapat sijil untuk semester pertama,dan kali ini untuk semester kedua dan ketiga sekaligus. 

Syukur Ke Hadrat Ilahi

Alhamdulillah. Siapa kata senang nak dapat anugerah dekan untuk fakulti Muzik? Dalam ramai-ramai pelajar,yang mendapat anugerah dekan hanyalah sedikit sahaja. Mungkin ramai orang yang cakap bahawa belajar muzik ni senang je. Tetapi sebenarnya ianya SUSAH!!. Tak semua orang boleh belajar muzik dan sanggup untuk stay di fakulti sehingga lewat malam. Berlatih alat muzik, hafal muzik, dan macam-macam lagi.

Pembakar semangat

Sememangnya bila dah dapat anugerah sebegini,sememangnya angah mengharapkan agar semester yang berbaki hanya 2 ini akan diteruskan kejayaannya. In shaa Allah. Makin lama,pembelajaran menjadi semakin susah. Semakin tinggi cabaran dan dugaan. In shaa Allah angah akan hadapi nya dengan usaha dan tawakal.
Sekian. 

9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post