Kedai ini ada Pelaris (Khadam jin) ??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Kadang-kadang ,saya rasa pelik dengan satu kedai makan ni. Makanannya tidaklah sesedap mana pun. Yang peliknya,ramai pula pelanggan. Tak putus-putus pulak tu!"

Itulah salah satu dialog yang boleh dilihat daam masyarakat kita pada masa sekarang. Sememangnya dapat dilihat di kawasan bandar mahupun luar bandar,berkenaan bertambahnya bilangan kedai makan yang diuruskan oleh orang melayu. Ada beberapa kedai yang laris perniagaannya dan ada juga yang tidak seberapa.
Apa yang menjadi persoalannya di sini, adakah kedai yang kita telah pergi itu benar-benar bebas daripada sebarang penggunaan unsur ilmu sihir? Boleh dikatakan mungkin juga kedai yang kita pergi itu telah terjebak dengan unsur sebegini.
Oleh itu,sebagai pencegahan awal,angah telah mendapat satu informasi berguna berkenaan hal ini. Cara yang sangat mudah untuk kita ketahui sama ada kedai itu penggunakan Pelaris ataupun Tidak. 
............................................................................................................


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin) , baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta . Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah nak tiup macam  bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas ( mcm ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut,"khadam" itu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (Surah an-Nas) dan (Surah al- falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang,ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu."
...........................................................................................

Sememangnya sebagai seorang yang inginkan segala benda yang masuk ke dalam tubuh badan kita,bahan yang suci dan murni sangatlah diperlukan. Jika kita telah terperangkap ke kedai yang mempunyai pelaris,bukankah ianya membawa kemudaratan kepada diri kita?

Apa-apa pun yang paling penting ialah mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Sekian. 

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post