Review Blog #13




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita kembali lagi bersama Review Blog untuk edisi kali ke 13. Alhamdulillah. Kini sudah masuk edisi ke 13 dalam usaha angah untuk mereview blog. Yang paling angah suka ialah betapa ramainya blogger-blogger yang mempunyai blog yang cantik dan menarik.
1. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/


Blog pertama ialah blog Chenta Hati Tiada Rahsia. Pemiliknya merupakan seorang wanita yang mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel.Mengikut perhatian angah, blog ini mula menerbitkan entry pertamanya pada tahun 2014
Apa yang angah boleh katakan ialah,blog ini boleh diperbaiki lagi. Ada beberapa widget yang mengganggu loading blog ini. Selain itu,susunan widget perlu diperbaiki lagi. Mengapa? Sebab kalau susunan widget tidak menarik,maka menyebabkan pembaca lari. Walaubagaimanapun,angah harap agar blog ini lebih maju di masa hadapan. Jom terjah blog ini!! 


2. http://bungakayangan.blogspot.com/


Blog kedua ialah blog Story About My Life  Sweet Rose. Pemilik blog ini merupakan ibu kepada seorang puteri dan dua orang putera. Angah suka dengan blog ini,kerana warnanya yang menarik. Selain itu,header blog ini sangat cantik! Good job kepada pemilik blog ini.
Banyak entry yang menarik di dalam blog ini. Boleh dikatakan kebanyakan entrynya bercorak informasi. Angah suka blog yang sebegini. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pemilik blog ini kerana blog anda sangat cantik dan menarik. Jom ramai-ramai terjah blog ini. 

3. http://www.azneyshamsuddin.com/


Blog seterusnya ialah blog Azneyshamsuddin. Sebuah blog yang menarik. Pendapat angah ialah blog ini simple dan menarik. Kadang-kadang blog yang simple lagi menarik daripada blog yang penuh dengan widget.
Ada banyak entry menarik dalam blog ini. Contohnya entry berkenaan banjir.Apa yang angah dapat perhatikan,entry pertama dalam blog ini ialah pada tahun 2011. Wow!! Maksudnya blog ini sudah lama bertapak di Malaysia. Apa-apa pun angah ucapkan semoga maju jaya. 


4. http://heartdairies.blogspot.com/



Blog keempat ialah blog Triple Foto. Sebuah blog yang menarik. Pemiliknya merupakan seorang wanita yang umurnya sama dengan angah. Beliau berasal dari negeri Terengganu. Jujur angah nak cakap yang blog ini sangat menarik.
Pelbagai warna telah menjadi tema blog ini. Warna biru cair pula dijadikan sebagai tema background.Entry pertamanya angah dapati ialah pada tahun 2012. Apa-apa pun angah ucapkan semoga berjaya dalam apa jua yang anda ceburi.Jom terjah blog ini.



5. http://hajarashikin.blogspot.com/





Blog terakhir ialah blog Hajar Rash. Blog ini wujud sejak Ogos 2012 dan mula aktif pada tahun 2013.Merupakan seorang yang dibesarkan di Terengganu. Angah dapati blog ini sangat mesra pembaca.Apa yang angah nak puji ialah berkenaan entri. Kebanyakan entry dalam blog ini dapat dilihat pada page home blog ini.
Hal ini kerana blog ini menggunakan konsep yang sama seperti angah. Jadi,ianya membolehkan setiap entry dapat dilihat hanya separuh dan kita perlu klik untuk lihat selanjutnya. Selain itu,blog ini juga dilihat agak modern dan kreatif dari segi susunan widgetnya. Good job untuk tuan blog ini. Jom kita terjah blog ini!! 
Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post