11 Fakta Menarik Tentang Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera


11 FAKTA MENARIK TENTANG DATO' SITI NURHALIZA

Nama Dato’ Siti Nurhaliza sudah tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Pada 1 April yang lalu, genap 20 tahun pembabitan anak jati negeri Pahang itu bergelar seorang penyanyi atau penghibur.

Pelbagai kemenangan dan pengiktirafan telah pun dikecapi dalam bidang nyanyian malah sehingga kini Siti Nurhaliza terus aktif dan tidak dinafikan peminat sentiasa memberi sokongan penuh terhadapnya.

Sebagai antara anak seni yang sangat dikagumi dan dihormati, pasti anda selaku peminat setia Siti Nurhaliza mahu mengenalinya dengan lebih dekat.

Jom kita lihat 11 perkara yang anda perlu tahu mengenai Dato’ Siti Nurhaliza:

1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.

2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.

3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.

4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.

5. Sangat menggemari warna hijau.

6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.

7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)

8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.

9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.

10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.

11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.


5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post