Drama Hati Perempuan Best Sangat ke?

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Hati perempuan, drama, tv3, drama klise


Mustahil untuk angah katakan , bahawa angah pengikut drama ini. Sebenarnya , angah langsung tidak tengok drama ini. Bukannya apa , drama ini disiarkan pada jam 7 petang sehingga 8 malam. Angah rasa anga tak boleh nak tonton drama ini pada waktu itu , tambahan pula waktu Maghrib.
Seperti biasa , melalui sinopsis sudah dapat diagak bagaimana jalan cerita. Kisah klise' watak lelaki kaya yang ego bertemu dengan wanita biasa yang tegas, tetapi kemudiannya berjaya menjatuhkan ego lelaki terbabit sehingga perasaan benci bertukar cinta dan sayang.


Sinopsis Drama Hati Perempuan

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia Tv3.

Mengapa anda suka drama ini?

Angah masih tak faham kenapa anda , terutamanya wanita, suka menonton drama ini? Yang jalan ceritanya hampir sama dengan drama-drama yang lain?

Sila berikan jawapan anda .. 

13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. terkadang terlepas jugak tengok drama ni ni sebab waktu maghrib kan

    ReplyDelete
  2. angah dah jangkit virus drama dari KC la ni hahahahha

    ReplyDelete
  3. Kalau sempat tengok kat tv, tengok dkt tv. kalau tak sempat tengok dekat tonton.. drama ni for me nice, sebab.. dalam setiap marriage tu banyak lagi benda yang boleh difikirkan selain cinta.. and drama ni kalau kita tengok dari sudut positive, banyak terapkan elemen2 like jujur in marriage, tak berahsia, trust between husband n wife dan bnyak lagi.. and the title suite well dgn jalan ceritanya.. hati perempuan, memahami hatimu lebih sukar dari memiliki cintamu.. :D ok, panjang sampai leh up satu perenggan lak kan.. - Shad

    ReplyDelete
  4. bagi saya best sebab x klise..mungkin bila kita baca sinopsis dh tau yang drama ni memg klise tp isi lain..saya dh baca novel. layan jugak tp bukan waktu maghrib..dalam kalau free setiap malam

    ReplyDelete
  5. Best lah jugak. Eventhough jalan cerita cliche, hewhewhew :D
    Lagipun waktu tayangan pukul 7 tu, sesuai dengan time kat Sabah :D

    ReplyDelete
  6. samalah angah, kak ana memang tak sempat layan drama slot senja ni.

    ReplyDelete
  7. KG memula layan drama ni angah...sebabnya ada Mia Ahmad (KG minat dia masa kemunculan dia di rindu awak 200%) tapi bila dah dekat separuh...ah Kg malas nak layan sebab...tak berapa suka dgn sikap watak utama dan lelaki...ekceli geram...
    tapiiii...KG tetap minat Mia Ahmad dan tudung bawal satin dia tu

    ReplyDelete
  8. rara ponnnn x tgk! tak sempat lahhhh! hehehe

    ReplyDelete
  9. tak tengok pun...sibuk melayan kerenah anak2 time tu....hehehe

    ReplyDelete
  10. sebab suka tengok drama ni ..TZ sooooooooo swettt hhehe sweeet sawit gitu..hehe

    ReplyDelete
  11. Mia pun kurang gemar menonton drama nie. Time free jek boleh tengok. Banyak sangat konfliknya. hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post