Music for Everything ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

music,muzik,asli,diarijejakahangat,djh,musician

"With the right music , 

you either forget everything or you remember everything."


"Kadang - kadang dengan muzik yang tepat , anda mungkin akan lupa segalanya atau teringat kembali segalanya."

Macam angah sendiri , angah meminati pelbagai genre muzik. Bila mana angah belajar kos mzik di UiTM , lagi banyak angah belajar tentang muzik. Banyak yang angah tahu lepas belajar di UiTM , adanya tradisional , klasik , pop dan macam-macam lagi. 

Kadang-kadang , angah suka dengan lagu Orchestra , terutamanya lagu Wind Orchestra , sebab bila angah dengar lagu -lagu tersebut , angah akan teringat kembali ketika angah bersama pasukan wind orkestra sekolah. Semua kenangan akan kembali berada dalam fikiran.

Kadang-kadang pulak , angah suka dengar lagu pop. Terutamanya daripada penyanyi yang angah minat. Ada antaranya daripada aris luar negara dan juga artis dalam negara. Bila angah mendengar lagu -lagu mereka , angah akan rasa tenang. Ditambah lagi , bila kita boleh saling menyanyi setiap lirik , rasa macam tengah karoake.

Kadang-kadang angah suka dengar lagu tradisional. Cuba anda bayangkan? Angah minat lagu tradisional? Asa beberapa lagu tradisional melayu yang angah minat , sebab ia melambangkan ciri-ciri melayu yang kuat. Contohnya , bila kita dengar lagu tu , ia akan memabangkitkan rasa bangga dengan keunikan budaya melayu. 
Kesimpulannya ,
Sebenarnya , semuanya ikut kesukaan dan citarasa anda. Mungkin dengan mendengar lagu yang kita suka , rasa stress dengan kerja dapat dikurangkan. Mungkin juga bila dengar lagu , sesuatu kerja itu takkan berjalan. Contohnya , mendengar lagu sambil belajar. Bagi angah  , cara itu sememangnya tidak menjadi. Angah tak boleh kalau belajar sambil mendengar lagu. Angah perlukan suasana sunyi sepi. 

Sekian. 

7 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.