PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA.



Assalamualaikum dan salam sejahtera

PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA.


Kebanyakan ibu bapa zaman kini , mementingkan anak-anak mereka untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan. Peperiksaaan itu lebih penting daripada perkara lain. Asalkan anak -anak mendapat nombor yang baik dalam peperiksaan , ianya sudah cukup bagus.

"Papa dengan mama nak kamu dapat nombor satu dalam darjah!! Kalau kamu dapat nombor 1, nanti papa ngn mama beli iPhone 6+. Faham?!!" 
Memandangkan sistem persekolahan di negara kita ini lebih kepada berorientasikan peperiksaan. Cara untuk mengukur tahap keberhasilan pelajarnya adalah dengan peperiksaan. Sesiapa yang dapat keputusan yang bagus , dialah yang menjadi kebanggaan.
"Anak saya dapat 9A+ , itulah buktinya dia pandai. Anak awak? Apa??!! 9E??Kahkahkah." 
Bagi anagh , setelah melalui peperiksaan tersebut , angah rasa ianya bukanlah pengukur sebenar tahap kepandaian seseorang. Pendapat angah ialah peperiksaan seperti UPSR,PMR/PT3,SPM adalah sebagai batu loncatan untuk ke tahap yang lebih baik.

"Ali seorang pelajar UPSR , akhirnya mendapat 5A , Beliau ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh. Kemudian mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 dan juga SPM. Akhirnya ditawarkan untuk sambung pelajaran ke luar negara. "
Daripada situasi di atas , angah rasa peperiksaan itu sebagai satu loncatan pelajar itu untuk ke tahap satu lagi.

TAPI!!!

Tak bermakna seseorang yang gagal dalam peperiksaan tersebut bermakna dia sudah gagal dalam hidup. Angah ada je kawan2 yang gagal dalam peperiksaaan tapi kini sudah berjaya dalam hidup. Lagi berjaya daripada angah. 

Nasihat angah , tak perlu nak judge pelajar dengan berlandaskan pada peperiksaan sahaja. Sebab apa , mungkin ada seseorang itu dapat keputusan bagus dalam peperiksaaan tapi , di kehidupannya? Mungkin perangai dan sikapnya yang teruk, berbanding dengan pelajar yang kurang bernasib baik.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. ramai kengkawan aisyah dulu2 masa spm gagal..but then, skrg memasing ada kerjaya...buka perniagaan sendiri..ada yg berjaya dalam forex..ada yg berjaya buat ebook sndiri..ada yg buka kebun sawit sndiri..bapak giler hidup senang... masa dulu tak menentukan siapa kita d masa skrg..kan kan

    ReplyDelete
  2. sangat setuju, yang penting cara seseorang itu menguruskan kehidupannya kelak. tak semestinya pandai akan berjaya kehidupannya dan sebaliknya

    ReplyDelete
  3. betul tu angah. exam bukan penentu segalanyaa

    ReplyDelete
  4. betul peperiksaan bukan segalanya, ada yang flying colours tapi praktikal hancuss....

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post