The Truth About Succes


Assalamualaikum dan salam sejahtera

kejayaan, berjaya, gagal, kehidupan , pelajar


The Truth About Succes


Bercakap tentang kejayaan, ramai yang telah mencapainya. Mungkin bukan kejayaan yang diidamkan , tapi apa- apa sahaja kejayaan yang anda pernah dapat. Gembira bukan? Apabila kejayaan terus kita dapat , seharian akan rasa gembira , mungkin juga sebulan.. dan selamanya rasa gembira.

Tapi , angah percaya di sebalik kejayaan yang anda terima tersebut , pelbagai cabaran dan dugaan yang anda telah hadapi. Adakah orang yang dapat kejayaan tanpa melakukan apa-apa? Mungkin , ia adalah satu kurniaan yang istimewa. Tapi , cabaran dan dugaan yang membuatkan kita rasa puas apabila menerima kejayaan.

Betul atau tidak??


Angah nak cerita tentang bagaimana angah mendapat kejayaan. Kejayaan yang angah nak cerita adalah ketika UPSR , haha iaitu ketika di tahun 2007. Di darjah 6 , hampir setiap hari angah buat study group dengan rakan-rakan yg tinggal berdekatan dengan rumah. Kami akan mencari pelbagai soalan untuk disiapkan.
Kemudian , di sekolah pula , setiap apa yang cikgu ajar , kami sedaya upaya fahamkan. Peperiksaan awal tahun , result yang angah dapat tak seberapa. Banyak yang perlu diperbaiki. Takpa, angah cakap dalam hati , jangan mengalah. Kemudian tingkatkan lagi usaha. Di pertengahan tahun , ada penambahbaikan dalam result.
Kemudian , ibu bapa kena dtang berjumpa guru , kemudian meletakkan target untuk UPSR. Berdasarkan apa yang angah dapat pada peperiksaan pertengahan tahun, target yang diberikan ialah 4A 1B. Jauh di sudut hati angah , angah inginkan 5A bukannya 4A 1B sahaja.
Alhamdulillah , hasil study group , tuisyen kelas malam , dan macam-macam lagi usaha , peperiksaan percubaan , angah mendapat 4A IB.  Kemudian apabila sudah menghampiri peperiksaan sebenar , study group di adakan juga , latihan bertubi-tubi diberikan dibuat bersama-sama. Alhamdulillah  semua yang study group bersama mendapat keputusan yang cemerlang. Angah telah mendapat 5A dalam UPSR , dan ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Kesimpulannya,

 
Setiap kejayaan yang kita terima , sudah semestinya datang dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi. Kerja keras dan usaha yang membuahkan hasilnya. Cerita yang angah tulis diatas bukanlah untuk bermegah-megah tetapi untuk menceritakan bagaimana kejayaan akhirnya dapat diperoleh.

Bagaimana dengan cerita anda?

 

 
 



4 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم