Tidak Suka , Jangan Hina !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

benci , politik , cinta , hina ,PRU


Di zaman teknologi yang kian berkembang , secara umumnya , boleh dikatakan ianya membawa pelbagai perkara positif terjadi. Tetapi , adakalanya , bila datangnya sesuatu yang positif , ia turut membawa sekali rakannya iaitu Negatif.

MEDIA SOSIAL


Semuanya bermula apabila munculnya Internet. Setelah itu , muncul lagi beberapa laman web yang kian menjadi popular. Facebook , Twitter , Blog ,Instagram dan bermacam-mcam lagi. Semuanya diyakini bahawa ianya merupakan satu cara manusia bersosial. Cara yang sangat mudah. Kemudahan yang dicipta untuk kesenangan masyarakat zaman sekarang.

NEGATIFNYA ?

Apabila munculnya cerita-cerita tidak benar ,yang diVIRALkan. Kononnya cerita itu benar , dan astu dunia sudah tahu , dan disebarkan. Sampaikan semua orang bercakap-cakap emngenainya. Sedangkan perkara itu palsu. Semuanya bermula , akibat daripada menyebarkan tanpa sebarang usul periksa.

KURANG PEKA

Masyarakat masa kini , khusunya di Malaysia , kini kurang peka berkenaan sumber berita tersebut. "Sama ada ianya tepat ataupun tidak , yang penting aku dapat sebar." Pemikiran bodoh oleh seseorang individu. Sebarkan tanpa sebarang usul periksa.
Ada juga yang apabila tidak suka dengan seseorang itu ,segala apa yang dibuatnya terus dihina. Bermulalah cerita reka-rekaan mereka. Disebarkan lagi sehingga bertambah ramai orang yang tidak menyukai. Semua ini membawa kepada kemurkaan Yang Maha Esa.

FITNAH


Angah dapat rasakan bahawa apabila cerita itu tidak benar , maka ianya boleh diklasifikasikan bahawa berita tersebut ialah Fitnah. Dan angah yakin semua orang tahu bahawa Fitnah itu sangat dilarang. Jadi , nasihat angah teruskan menfitnah. Kerana apa? Kerana tempat yang paling sesuai untuk anda ialah Neraka.

POLITIK


Sebenarnya angah malas nak sentuh bab Politik. Sebab, politik boleh menyebabkan kawan baik bergaduh. Tapi , bab terlampau fanatik  ,sehinggakan menghina individu lain , rasanya ianya sudah di tahap melampau. Nasihat angah , kalau tidak suka , jangan menghina. Teruskan dengan sikap tidak suka anda tetapi jangan menjadi seseorang yang celaka sehingga menghina.

Sekian. 

14 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. yup, agree...sekarang ni asalkan masuk fb je wahhh macam2 story yg annoying muncul...yg artis biasalah gosip artis, yg politik pulak...perhhh menyirap darah pun boleh...then bila sroll pulak komen2 rakyat fb..hmmm...semua guna emosi...jarang2 yg gune akal... xtau laa...suke beno org kite buang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. semuanya guna emosi , keyboard wariorlah katakan..

      Delete
  2. betol tu . kadang2 kesian dengan adik2 yang kena viral . mak ayah yg tanggung malu

    ReplyDelete
  3. Betul tu Angah ..Kita ni kadang2 tak suka pon jgn la sampai menghina...Tak baik menghina orang ..Tak pasal2 dapat dosa free duk hina orang..Tak suka takpe diam jer lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau tak suka , just tak suka je la.. tak payah nk tambah dosa lagi..

      Delete
  4. bak kate upin ipin..betol betol betol.. :)

    ReplyDelete
  5. kak ana setuju 100% dengan pendapat Angah :)

    ReplyDelete
  6. indeed! Sokong sgt. Cx pon ada up entry related this issue.

    ReplyDelete
  7. tu lah kan angah... kalau tk suka baik diamkan je.. dr menghina.. kan dh tambah dosa je

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post