5 Barang Yang Saya Wajib Beli Di Rakuten Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

rakuten.my

Pernah membeli barang online? Secara jujurnya , angah tidak pernah membeli apa-apa barang secara online. Ianya disebabkan alasan bahawa barang-barang yang dijual online kadangkala tidak berkualiti dan juga pelbagai masalah akan berlaku. Semuanya nyata berubah bila angah melihat satu laman web membeli belah online terkemuka iaitu RAKUTEN.
Jadi , dengan rasa bangganya angah nak memberitahu anda bahawa angah akan membeli 5 barang ini di Rakuten Malaysia. 

Pill High Quality Portable Bluetooth Speaker (Black)

Pill High Quality Portable Bluetooth Speaker (Black)

Pertama sekali , angah akan membeli Pill High Quality Bluetooth Speaker (Black) yang berharga RM 99.00. Harga speaker ini sebelum ini ialah RM 399.90. Dulu , angah ada speaker biasa sahaja dan akhirnya rosak, tetapi sekarang angah rasa ianya satu keperluan untuk angah ada satu speaker bluetooth. Dengan harga yang lebih berpatutan dan murah berbanding biasa , angah percaya ianya satu keputusan tepat.
Gildan TRANSFORMERS AUTOBOTS & DECEPTICONS Printed Tee Black
T- Shirt yang berharga RM43. 83 ini telah menarik minat angah. Ya , angah akui bahawa angah minat transformer. Malangnya, angah masih tiada sebarang t shirt yang melambangkan Transformer. Dengan harga yang berpatutan , angah rasa ianya adalah satu kemestian untuk angah membeli baju ini. Juga angah akui bahawa angah lebih menyukai baju yang berwarna hitam , kerana ianya sesuai digandingkan dengan apa-apa jenis seluar dan juga kasut.

Sony MDR EX15AP EX Monitor Headphone with Mic - Original

Sony MDR EX15AP EX Monitor Headphone with Mic - Original

Memiliki earphone merupakan satu kemestian untuk semua remaja. Tambah-tambah bila pakai earphone ketika dalam train atau komuter, nampak cool sangat. Angah memilih untuk memiliki earphone ini kerana ianya berkualiti terutamanya apabila ianya berjenama Sony. Selalunya sebelum ini , angah akan membeli earphone di pasar malam , dan ianya hanya bertahan selama 5 hari sahaja , berpatutan dengan harganya RM5. Dengan harga earphone ini RM99.00 , angah rasa ianya satu pelaburan yang bagus , sebagus dengan kualiti earphone ini.

Powerbank PINENG PN-912

Powerbank PINENG PN-912

Angah belum memiliki sebarang Powerbank! Percaya atau tidak, sehingga sekarang, angah masih belum menggunakan powerbank. Bukannya smartphone angah bagus, tetapi angah tak mampu nak membeli powerbank. Kalau dilihat sememangnya di pasar malam , ada menawarkan powerbank yang harganya murah, tetapi angah khuatiri apabila harganya murah, maka mungkin kualitinya juga murah. Powerbank yang angah pilih ini hanya berharga  RM105.00 sahaja. 
Sememangnya angah dapat lihat rakan-rakan angah menggunakan powerbank Pineng, ianya ternyata berkualiti dan mampu bertahan dalam jangka masa yang lama berbanding powerbank jenama yang lain. Jadi , angah percaya apabila angah mempunyai powerbank ini , penggunaan smartphone angah akan lebih baik.

Yoobao Mini Portable Bluetooth Speaker - YB-201

Yoobao Mini Portable Bluetooth Speaker - YB-201

Satu lagi speaker yang menarik perhatian angah. Warna yang comel. Memancangkan dalam jangka masa beberapa bulan lagi , hari ulang tahun kelahiran adik angah , maka angah teringin untuk menghadiahkan sau speaker comel. Adik angah tinggal di asrama , jadi angah percaya bila dia ada speaker comel ini , dia akan lebih bersemangat untuk belajar , in shaa Allah. Harganya ialah RM 119.00.  Angah percaya dengan harga yang sebegitu , ianya berpatutan kerana kualiti dan juga jenama yang sudah dikenali ramai.

Kesimpulannya :-
Angah akan membeli 5 barang ini kerana ianya angah percaya merupakan barang yang angah perlukan. Bukan senang untuk angah memilih barang. Sememangnya ada banyak lagi barang yang menarik , tetapi angah hanya memilih yang angah suka dan sederhana sahaja. Ianya tidak terlampau mahal dan juga tidak terlampau murah.  
Sekian.

................................................................................


Pertandingan Blogger ShopCoupons X Rakuten Malaysia!
Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

Sekian, 

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم