Shah Alam / Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Hari ini angah diberi lagi peluang untuk menulis sedikit sebanyak cerita yang angah ingin kongsikan. Untuk pengetahuan anda semua, angah baru sahaja selesai menghabiskan pengajian peringkat Diploma di UiTM Shah Alam. Pengajian selama lima semester itu bermula sejak Jun 2013 sehinggalah Oktober 2015.

Macam-macam yang angah belajar daripada pengalaman belajar jauh daripada keluarga. Bila mana angah bersama keluarga, susah untuk angah keluar jalan-jalan. Nak dikatakan angah dikongkong keluarga, bukan sama sekali. Tetapi mungkin kerna kekangan pengangkutan. Sebab apa? Di kawasan rumah angah tiada sebarang pengangkutan awam. Jadi, sekiranya mahu kemana-mana ataupun mahu ke bandar, anda semestinya memerlukan pengangkutan sendiri.

Bila angah berada di Shah Alam, angah agak bebas. Maksud bebas di sini ialah bebas untuk kemana-mana. Sebabnya di bandar Shah Alam ada banyak pengangkutan awam. Kalau nak pergi Kuala Lumpur, pengangkutan yang ada pun memuaskan. KTM , bas Rapid dan macam-macam lagi ada di Shah Alam. Sangat memudahkan.


Bila angah tinggal di rumah keluarga. Susah untuk angah keluar. Jadi, angah hanya berada di rumah , atau melepak di rumah kawan-kawan yang hanya di sekitar kawasan rumah sahaja. Kalau teringin nak berjalan-jalan dengan lebih jauh, hanya dengan bersama family sahaja.

Apa-apa pun , kedua-dua tempat mempunyai positif dan negatifnya jugak.

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kena cepat bekerja ni angah, boleh punya transport sendiri.Lepas tu boleh cari pasangan hidup.

    ReplyDelete
  2. tahniah angah, dah habis study. syok kan dah habis.kita diblog angah hari ni rupanya

    ReplyDelete
  3. Hai..angah...sy doakan yang terbaik...langkah setrusnya lps ini...mugkin agak mencabar lagi
    ..gud luck ya...jom ke blog...www.keladionline.com...baca coretan sy pula

    ReplyDelete
  4. singgah sini .dah lama tak jejak ke sini.
    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post