5 Perkara Tentang Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa khabar? Hari ini cuti Maulidur Rasul , jadi selamat bercuti semua. Disebabkan aku mempunyai masa terluang , aku ingin membuat satu entri ringkas iaitu bercerita mengenai 5 fakta tentang diri sendiri.  Mungkin anda di luar sana tak nak tahu pun , tapi aku bercerita jugak sebab mana tahu kalau fakta kita sama?
1. Aku sangat suka binatang yang dipanggil KUCING.
Image result for kucing 
Di rumah aku sendiri , ada lebih daripada 30 ekor kucing. Tapi itu adalah beberapa tahun dahulu. Sekarang hanya tinggal dua sahaja kerana di kawasan kejiranan rumah aku ada virus penyakit kucing. Yang tinggal hanyalah kucing yang mempunyai tahap imuniti yang kuat. Aku suka tidur dengan kucing, main-main dengan kucing.
2. Aku benci ULAT SAMPAH
Image result for ulat sampah 
Binatang yang paling aku benci. Walaupun binatang ni bukanlah sebesar gajah mahupun dinasour tetapi aku benci dan geli sebenarnya. Bila tengok dkt tong sampah yang penuh dengan ulat , aku pasti akan rasa loya dan nak muntah. Tapi setakat ni belum muntah lagi. Jadi , aku akan pastikan sampah semua dibuang sebelum munculnya binatang tersebut.
3. Aku benci MENUNGGU
Image result for waiting 
Mungkin ada antara anda semua yang suka menunggu. Maksudnya , bila kita dah berjanji untuk berjumpa pukul 1.00 petang , tetapi terpaksa menunggu selama 1 jam untuk berjumpa. Aku memang pantang orag macam ni. Sebab apa? Aku sendiri dah bersiap-siap semua  untuk tepati masa , tiba-tiba orang yang kita janji pulak buat hal. Buang masa aku ja.
4. Aku tak boleh minum AIR GAS (BERKARBONAT)
Image result for air gas berkarbonat 
Okay , sebenarnya fakta ni baru lagi. Dalam beberapa bulan, aku tak boleh minum air gas sebab aku ada gastrik angin. Bila aku minum air gas , keluarlah berapa tan angin daripada badan. Jadi, aku ambil keputusan untuk tak minum air gas dan alhamdulillah segalanya kembali pulih. Mungkin orang kata aku hilang nikmat dunia , tapi untuk kesihatan , aku rasa berbaloi. 
5. Aku suka SITI NURHALIZA

Fakta ni nampaknya tak boleh diubah. Semuanya aku rasa bermula beberapa tahun yang lalu. Perasaan minat tu semakin menebal. Kalau ada sahaja cerita di tv, persembahan mahupun konsert pasti aku akan tengok. Tahun ni jugak aku pegi konsert beliau pada bulan April. First time pegi konsert , tu pon dapat tiket free. Jadi , korang boleh nampak beberapa entri aku hanyalah mengenai beliau sahaja.
Kesimpulannya 
Baiklah , aku rasa itu sahaja 5 fakta yang aku boleh berikan kepada anda semua. Mungkin anda semua akan rasa pelik sebab fakta yang aku berikan ni pelik dan tak sepatutnya ada, tapi ada aku kisah dengan pendapat korang tu? 
Kepada mereka yang sama seperti aku , yeay! Kita serupa. Apa apa pun , walaupun kita berbeza pendapat atau berbeza pemikiran , tetapi janganlah jadikan perbezaan itu satu penghalang. Mari kita raikan perbezaan dengan jalinkan perhubungan silaturahim. 

 

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post