7th Malaysian Composers Concert Series 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum ini aku ada selitkan sedikit kisah bahawa aku akan sertai satu concert anjuran UiTM , jadi aku akan ceritakan semuanya dalam entri ini. Untuk pengetahuan anda semua , ini merupakan series yang ke 7 untuk concert ini. 7th Malaysian Composer Concert Series 2016 telah diadakan di Kuala Lumpur Performing Art Centre , Sentul , Kuala Lumpur.
Pada konsert kali ini , sebanyak 4 concert telah diadakan pada 4 malam  dan kesemuanya menampilkan persembahan yang berlainan. Untuk malam pertama , ianya adalah Traditional Fusion , malam kedua pula ialah Malaysian Art Song & Classical Guitar Concert. Bagi malam ketiga pula ialah Choir Highlight 2016 by UiTM Chamber Choir manakala malam keempat adalah Snapshots of Musical Creativity. Concert yang melibatkan aku sebagai pemain orkestra adalah pada malam terakhir yakni malam keempat, jadi aku hanya akan bercerita mengenai perjalanan sebelum , semasa dan selepas concert tersebut sahaja. 
Macam mana aku dapat join? Sebenarnya begini , sahabat aku sebenarnya yang terpilih menjadi pemain orkestra untuk concert tersebut , tetapi dia tidak dapat menggalas tanggungjawab tersebut kerana ada urusan tersendiri , jadi akulah pemain gantian untuk concert tersebut. Untuk pengetahuan semua , hanya ada 2 sahaja clarinet dalam mini orkestra tersebut.


Latihan bagi orkestra hanya dijalankan seminggu sebelum concert. Dalam jangka masa tersebut, tidak ramai yang datang ketika latihan. Apabila full latihan baru semua orang ada. Nasib baik para lecturer dan conductor sangat sporting dan memahami kerana semua ahli orkestra adalah pelajar dan mempunyai kelas di waktu siang dan malam.
Ianya dipanggil mini orkestra kerana jumlahnya yang kecil. Semuanya sangat-sangat minimal. Untuk lagu pula , semuanya adalah di compose sendiri oleh pelajar dan juga pensyarah daripada department composition. Bagi aku sendiri , semua lagu yang dicompose sangat menarik dan mencabar skill aku bermain clarinet. 


Tiba di hari concert, kami semua bergerak awal pagi ke Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) dan melakukan latihan serta soundcheck dari pagi sehingga petang. Apa yang menarik adalah aku suka bila mana dapat bermain dalam orkestra sepertinya mengimbau kenangan ketika bersekolah. Walaupun ini bukan pertandingan , tetapi aku tetap suka.
Kenangan yang aku tak lupa adalah berlatih tiap-tiap malam. Kemudian bila hari pertandingan, semua persiapan harus dilakukan dengan segera. Perasaan nervous dalam diri semakin menebal. Persiapan pakaian dan mental pula, semuanya masih segar di ingatan. 


Ketika concert, perasan yang ada adalah sedikit nervous. Ya, aku masih lagi nervous bila mana perform di hadapan orang ramai.Tetapi tahapnya tidak seteruk apabila membuat persembahan seorang diri di hadapan khalayak ramai. Walaupun ada beberapa kesilapan kecil yang aku lakukan , ianya tidaklah seteruk mana.
Sejujurnya persembahan pada malam itu bukanlah persembahan terbaik aku , aku fikir, ketika latihan lebih bagus. Mungkin kerana keadaan clarinet aku yang teruk atau aku sendiri yang teruk. Walau bagaimana pun aku puas bermain pada malam itu.



Gambar di atas ini adalah gambar bagi seksyen woodwinds. Ya, hanya 7 orang sahaja, 1 oboe, 2 flute, 2 clarinet dan 2 basson. Bila mana latihan , bukannya smeua pun yang datang. Aku juga selalu skip latihan sebab aku ada urusan lain yang agak penting. Untuk pengetahuan semua , mereka ini merupakan pemain alat muzik yang sangat hebat!
Kedatangan Keluarga Membawa Semangat

Untuk pengetahuan semua juga, pada malam itu KELUARGA aku datang menonton! Betapa gembiranya aku apabila pertama kali keluarga datang menyaksikan aku bermain muzik. Walaupun ayah aku tertidur ketika persembahan di set pertama , tetapi kedatangan mereka sudah memberi aku satu semangat baru.
Inilah masanya untuk aku memperlihatkan kehebatan aku di hadapan keluarga sendiri. Untuk anda yang nak lihat gambar keluarga aku , nampaknya nasib anda malang , sebab tiada gambar diambil pada malam tersebut. Sebab semuanya dah penat. Selepas habis sahaja concert tersebut , aku ikut keluarga aku balik ke Kedah dan bercuti selama beberapa hari. 
 
 Kesimpulannya 

Aku berterima kasih kepada sahabat aku , Abdul Waie , kerana memberi peluang untuk aku bermain di concert ini. Kalau tidak , bukan aku yang berada di atas pentas tersebut. Aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana memberi kenangan terindah bagi aku dalam tahun 2016 ini. Akan aku kenang concert ini pada tahun-tahun akan datang.

 Sekian.

Credit gambar : Facebook



1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم