First Time



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ni nak cerita tentang first time. Apabila tinggal di Kedah ,  bahagian pendalaman, iaitu tempat yg kurang modern berbanding Kuala Lumpur , pelbagai benda baru akan dirasai oleh seseorang yang berhijrah ke bandar.
Contoh terdekat adalah , semalam merupakan pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke kedai Starbucks. Mungkin ada orang akan cakap bahawa di Kedah juga terdapat kedai Starbucks  , tapi aku tak pernah jejakkan kaki kerana aku tak mampu.
Lihat pada senarai harga pun dah boleh buat aku nangis. Aku bukanlah datang daripada keluarga berada yang mampu untuk menghabiskan perbelanjaan untuk harga sebegitu.
Makan dan minum di kedai paling murah menjadi keutamaan. Beli pakaian harga bawah RM10 telah menjadi kebiasaan. Walaupun kadang-kadang tetap membeli pakaian mahal tetapi bukan selalu. Bukan nak tunjuk bahawa keluarga aku hebat , tapi aku nk beritahu situasi sebenar family aku.
Ada kawan- kawan  aku yg pergi mall, shopping barang di kedai yang branded. Aku hanya mampu tengok dan ikut sahaja, nak beli? Mungkin tidak. Aku respek dgn org yg mampu kerana mereka berjaya menjadi seorang yg berjaya.
Tapi buat masa sekarang aku selesa utk berbelanja secara sederhana. Tak perlu ke kedai mahal kalau barang yg kita nak tu ada di kedai murah? Betul tak?

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sekarang zaman berjimat..memang semua kena set brp nak belanja.

    ReplyDelete
  2. yg penting berbelanja mengikut kemampuan diri

    ReplyDelete
  3. Hmmm saya pun kalau nak pergi startbucks tu kena tunggu dia buat promotion baru mampu kalau tak mimpi lah nak minum starbucks.

    ReplyDelete
  4. Yang penting benda yg kita minat baru beli.....macam saya kalau x dapat yng saya suka tak boleh tido.....hehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post