Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar? Alhamdulillah, ini merupakan siri ke 5 bagi cerita tentang praktikal di Istana Budaya. Untuk pengetahuan semua , di Istana Budaya terdapat pelbagai bahagian dan aku berpraktikal di bahagian Muzik.
Bagi sesiapa yang pernah ke Istana Budaya mahupun melalui Jalan Tun Razak berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur, pastikan akan melihat dua bangunan ikonik iaitu bangunan Istana Budaya dan juga bangunan Balai Seni Lukis Negara.
Pada 21 Februari 2017 yang lalu , Pengarah Bahagian Muzik iaitu Encik Mustafa Fuzer telah membawa pelajar praktikal ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak betul-betul bersebelahan dengan bangunan Istana Budaya. Seramai 11 orang termasuk staff bahagian muzik telah mengikut lawatan ini.
Jom lihat gambar.
Antara koleksi gambar Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz
Salah satu bentuk seni yang menarik.
Potret kanak-kanak yang nampak real.
Potret Dato Siti Nurhaliza
Pelajar praktikal bersama En Hasnul
Di salah satu ruangan di dalam ruang pameran.
Bergambar bersama staff.
Secara jujurnya, aku pada mulanya hanya memikirkan bahawa Balai Seni Lukis hanya mempunyai gambar dan lukisan sahaja. Sebenarnya ada pelbagai jenis bentuk seni yang terdapat di sana. Salah satu seni yang aku sangat suka adalah bila mana penggunaan cahaya dan asap.
Selain itu , ada juga seni yang aku tak faham. Mungkin kerana aku terlampau tidak kenal seni? Yang penting , aku suka dengan semua seni yang ada. Maksud aku di sini adalah setiap seni mahupun yang kita nampak mudah atau nampak susah untuk dihasilkan adalah seni.
Sekian.
Maaf mnganggu...sy ingin brtnye..adakah disini(istana budaya) mnyediakn penginapan bg plajar yg mnjalani latihan industri?
ردحذفketika saya praktikal, mereka tak sediakan sebarang penginapan pun. saya menyewa sendiri di shah alam dan ulang alik. :) tapi sekarang saya tak pasti pula.
حذف