Selesai Penghantaran Barang LAZADA



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku nak bercerita tentang Lazada 5th Birthday Sale yang berlangsung baru-baru ini. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut sertai jualan murah terhebat di abad ini. Beberapa barang telah menjadi idaman aku. Malangnya di sebabkan kekangan wang , terpaksa beli sedikit sahaja barang.
Ketika jualan itu berlangsung, aku outstation di Melaka , jadi , aku hanya membeli belah di sana sahaja dan berharap agar barang tidak sampai di rumah sewa Shah Alam ketika aku di Melaka. Kerana apa? Aku membeli barang yang hanya mempunyai Cash On Delivery.



Jadi , di dalam gambar di atas adalah beberapa barang yang telah aku pilih untuk dibeli. Alhamdulillah , kesemuanya telah selamat sampai dan didapati pada harga yang jauh lebih murah berbanding beli di kedai lain.

Untuk bercerita tentang setiap barang , akan diulas dalam entri seterusnya. Kerana sekarang ini aku gembira dengan barang-barang yang diterima. Alhamdulillah.

Sekian. 

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم