Hadiah Konvokesyen



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada tahun lalu , aku baru sahaja selesai bergraduasi untuk pengajian aku ketika di diploma. Alhamdulillah , aku telah mendapat Anugerah Naib Canselor pada ketika itu. Tetapi ketika itu , keluarga aku tidaklah memberi penghargaan kepada aku dan aku tidaklah meminta apa-apa sebagai ganjaran. Asalkan mereka semua ada ketika aku susah dan senang sahaja , aku rasa lebih daripada cukup.
Aku bukanlah orang yang suka meminta-minta. Tambah-tambah pula daripada keluarga sendiri. Aku sedar bahawa ibu bapa aku dah banyak berkorban demi aku , memberi wang bagi setiap bulan untuk aku belajar. Jadi , aku membalas jasa mereka dengan memberikan ANC pada mereka. Alhamdulillah.
Masuk tahun 2017 , ibu bapa aku memberikan aku sejumlah duit untuk membeli clarinet baru. Alhamdulillah. Impian aku untuk mempunyai clarinet yang baru dan sesuai dengan aku telah berjaya di capai. Walaupun bukan mereka yang membeli dan membungkus clarinet itu supaya menjadi seperti hadiah , tetapi ianya bagi aku adalah penghargaan daripada mereka untuk aku.
Ayah aku  memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun bank aku , dan aku pergi membeli clarinet di kedai muzik yang terletak di Petaling Jaya. Kalau diikutkan hati , nak sahaja aku shopping dengan dit yang ada , tetapi ianya adalah duit khas untuk clarinet. 
Jadi , di bawah adalah gambar clarinet yang telah dibeli iaitu clarinet Bb Selmer Paris Seles Prologue. Aku juga mendapat free gift iaitu stand clarinet.








In shaa Allah , dengan clarinet baru ini , aku akan berusaha seupaya mungkin untuk memajukan diri. Kalau sebelum ini , dengan clarinet yang lama , aku agak tidak bersemangat kerana clarinet aku adalah untuk beginner sahaja , tetapi kini aku sudah naikkan tahap permainan muzik aku. In shaa Allah.
Aku akan berusaha untuk membanggakan keluarga aku kerana merekalah segalanya. Di amsa aku susah, mereka yang ada di sekeliling aku, di masa aku senang , aku akan berkongsi dengan mereka. Keluarga tetap nombor satu di hati. 

Sekian. 

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah syoknya. Nanti boleh record aeril tiup clarinet and post dlm blog ni.

    ReplyDelete
  2. Semoga tercapai apa yang diimpikan okay

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan ayat yang terakhir tue . .masa kita susah family sentiasa support kita .. kita sebagai anak bila dah berjaya suatu hari nanti kena banggakan kedua ibu bapa ..

    ReplyDelete
  4. Wah tahniah Aeril... Semoga lebih bersemangat dan terus berusaha mencapai impian Aeril... Tanpa keluarga, siapalah kita kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post