Buat Kerja Gila




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kalau dilihat, tiada sebarang entri pada hari sabtu, ahad dan isnin yang lalu. Semuanya adalah kerana kerja gila. Ya,aku telah membuat kerja gila pada hari jumaat yang membawa sehingga ke hari isnin.

Kisahnya begini, pada hari Jumaat yang lalu, sedang berehat di rumah, tiba-tiba dapat panggilan daripada sebuah office di Kuala Lumpur. Bertanyakan sama ada aku free atau tidak pada hari Sabtu dan Ahad untuk satu majlis.

Sebenarnya, sekarang merupakan tempoh aku berehat di rumah sementara menanti sakit aku sembuh. Tetapi tanpa memikir dengan lebih lama, aku terus memutuskan untuk mengatakan bahawa aku free. Selepas itu, ayah aku terus telefon makcik di stesen bas untuk bertanyakan tentang tiket bas paling awal ke Shah Alam.

Kemudian, dalam jangka masa satu jam, aku dengan kelam kabutnya packing barang, kerana ketika itu jam sudah menunnjukan pukul 12.15 tengahhari manakala bas akan bertolak pada pukul 1 petang. Jadi, aku sumbat segala-benda dalam beg dan terus bergegas ke Stesen Bas Kulim.

Alhamdulillah, aku sampai di Shah Alam pada jam 7 petang. Kemudian, keesokan harinya baru aku ke Kuala Lumpur untuk mengikuti majlis tersebut.

.....................................................................

Sebenarnya, perkara-perkara macam ni tak pernah aku buat. Kerja last minute, last minute baru nak buat keputusan dan benda-benda terkeut macam ni memang jarang berlaku. Disebabkan itu jugalah aku tidak update entri pada hari sabtu, ahad dan isnin. 

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post