Review Filem : Jumanji Welcome To Jungle


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jumanji : Welcome to the Jungle merupakan filem filem aksi komedi diarahkan oleh Jake Kasdan. Filem ini merupakan sebahagian daripada franchiese Jumanji, iaitu sequel kepada filem Jumanji (1995), iaitu filem yang berdasarkan buku Jumanji (1981) yang ditulis oleh Chris Van Allsburg.
Filem ini juga memberikan penghargaan buat Robbin Williams, pelakon di dalam filem pertama, dengan menyebut nama karakter beliau.
Setelah 21 tahun selepas filem pertama, plot filem ini berkisarkan tentang 4 orang remaja yang ter"masuk" ke dalam permainan video Jumanji, mereka bermain di dalam permainan ini sebagai karakter yang telah mereka pilih. Dengan bersama pemain yang lain, mereka perlu menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikan untuk menang permainan itu dan pulang ke rumah.

Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 20 Disember 2017. Filem ini telah menerima kritikan positif daripada pengkritik filem. Filem ini mencapai kutipan box office apabila berjaya memungut USD 936 juta , menjadikan filem ini sebagai filem ke 5 yang mencapai kutipan tertinggi pada tahun 2017.

Pelakon :-

  • Dwayne Johnson - Dr. Smolder Bravestone
  • Alexx Wolff - Spencer Gilpin
  • Jack Black - Professor Sheldon "Shelly" Oberon
  • Madison Iseman - Bethany Walker
  • Kevin Hart - Franklin "Mouse" Finbar
  • Ser'Darius Blain - Anthony "Fridge" Johnson
  • Karen Gillan - Ruby Roundhouse
  • Morgan Turner - Martha Kaply
  • Nick Jonas - Jefferson "Seaplane" Mc Donough
  • Mason Guccione - Alex Vreeke
................................................................................................

Ulasan Filem



Filem ini bagi aku menarik dan padat dengan aksi dan lawak. Watak yang dilakonkan mereka sangat menjadi, selain jalan cerita yang menarik. Pujian diberikan buat para pelakon kerana memberikan yang terbaik apabila hampir kesemua penonton di wayang gelak dan ketawa tiap kali unsur lawak diketengahkan.




Filem ini boleh diumpamakan kisah klasik tetapi mempunyai unsur moden. Jalan cerita yang berbeza daripada filem Jumanji yang pertama. 


Banyak babak-babak yang menghiburkan dan juga babak yang menarik dan memukau pandangan. Ada juga kekurangan di aspek CGI tetapi ianya boleh dimaafkan apabila jalan cerita yang menarik dan juga aspek lakonan yang sangat menjadi.

..........................................................................................

Secara keseluruhannya, aku memberikan markah sebanyak 91.20% kepada filem ini. Filem ini berjaya menarik minat seluruh keluarga aku untuk menonton. Terima kasih kepada pembikin filem ini.

Sekian.


2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.