Habis Belajar Diploma dan Degree



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah pada bulan Januari yang lalu merupakan bulan terakhir aku bergelar pelajar UiTM. Alhamdulillah , perjalanan daripada tahun 2013 sehingga tahun 2018 sebagai seorang pelajar Diploma dan Degree akhirnya selesai juga. Tak disangka dalam masa 6 tahun semuanya selesai dengan jayanya.
Di semester akhir degree, pelbagai perkara terjadi yang menyebabkan aku ketika di pertengahan semester mahu berhenti belajar kerana tekanan yang melampau. Bukan daripada sesiapa tetapi daripada diri sendiri. Ketika itu aku rasa bahawa aku tak mampu nak habiskan segala-galanya yang sedang dihadapi dan akan hadapi.
1. Thesis
Pertama, sudah tentunya thesis iaitu merupakan mimpi ngeri bagi setiap pelajar tahun akhir bagi mana-mana kos pengajian. Salah satu sebabnya adalah tajuk yang dipilih oleh aku merupakan tajuk yang agak susah. Alhamdulillah , aku bersyukur kerana aku dapat supervisor yang sangat memahami dan sangat baik. Alhamdulillah , akhirnya aku berjaya selesaikan thesis dengan jayanya. 
2. Principal Lecturer 
Lecturer yang mengajar aku main clarinet ditukar pada semester terakhir! Mimpi ngeri kedua. Sebab apa? Sebab kena menghadapi orang baru dan aku perlu belajar cara nak faham sebab sebeum ni dah selesa dengan lecturer sebelum ni. Lagi ngeri bila dapat tahu lecturer baru ni baru balik dari Taiwan. Hah , amik hang. 
Alhamdulillah, aku berjaya juga hadapi pertukaran lecturer dengan baik. Beliau sangat baik dan banyak sangat ajar aku macam-macam benda. Alhamdulillah.

3. Final Recital
Persembahan selama hampir sejam perlu dipersembahkan di penghujung semester. SEJAM. Pada mulanya aku merasakan akan ada masalah kerana pertukaran lecturer yang mengajar aku clarinet, tetapi alhamdulillah , setiap minggu aku cuba untuk praktis apa yang diajar , akhirnya pada bulan Disember yang lalu , semuanya berjalan dengan lancar. 
Tiga perkara di atas merupakan antara yang menyebabkan aku sangat sibuk pada semester lepas. Alhamdulillah , kini semuanya selesai dan tamat sudah. Keputusan bagi semester terakhir itu juga sudah dapat pada pertengahan Februari yang lalu. Alhamdulillah , nanti aku kongsikan keputusan tersebut dalam entri lain.

Sekian. 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. thaniah ya,semoga dapat kerja pulak lepas nie

    ReplyDelete
  2. Tahniah²..adik saya dr dip sambung degree sambung lagi master ni InsyaÁllah bulan 4 ni habis...baru dia nak rasa dunia pekerjaan pulak.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post