Huawei Honor 9 Lite dilancarkan pada harga RM 749



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebuah telefon pintar keluaran syarikat terkemuka Huawei , telah dilancarkan di Malaysia walaupun telah dilancarkan lebih awal dua bulan di China. 

Dari segi spesifikasi, telefon pintar Honor 9 Lite ini mempunyai skrin 5.65' IPS LCD FHD+, selain itu, ia juga menggunakan Kirin 659. Dibekalkan dengan memori sebesar 3GB RAM dan 32 GB ROM. 

Dari segi kamera pula , telefon pintar ini dilengkapi dengan dwi-kamera 13+ 2  megapixel digunakan di kedua-dua bahagian iaitu bahagian hadapan dan juga bahagian belakang. Bateri pula adalah sebesar 3000 mAH tanpa pengecasan pantas. Huawei Honor Lite 9 menggunakan Android Oreo dan Emui 8. Harga yang diumumkan semasa pelancarannya adalah berhagra RM749 sebuah dengan pilihan warna Glacier Grey dan Saphire Blue.

Spesifikasi :-

Skrin : 5.65' IPS LCD FHD+
Chipset : HiSilicon Kirin 659
Android 8.0 Oreo
RAM : 3GB
ROM : 32 GB
Kamera : 13 MP + 2 MP
Bateri : 3000 mAH
Harga : RM749
Warna : Glacier Grey & Saphire Blue

Sumber : GSMARENA

...................................................................................................... 

Bagaimana? Adakah anda tertarik dengan telefon pintar yang ditawarkan ini? Bagi aku, spesifikasinya sangat menarik. Harga yang berpatutan. In shaa Allah , jika aku ada duit lebih akan aku beli sebiji.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ramai dpt entry honor ni..hehe..tahnia aeril

    Jemput ke blog kak sha

    Http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. suka phone huawei
    bateri tahan..kamera pun cantik

    ReplyDelete
  3. menarik jugak ke kala screen telephone sediada dah retak beribu2 lemon

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post