Marvel Cinematic Universe




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Marvel Cinematic Universe merupakan salah satu franchise filem yang terkenal di Holywood dan juga seluruh dunia. Boleh dikatakan setiap filem yang dihasilkan mendapat kutipan box office yang sangat tinggi. Sudah semestinya ramai yang menjadi salah seorang peminat komik Marvel pada waktu kecil , dan kini menjadi peminat filem-filem ini pula.

Marvel Cinematic Universe (MCU) adalah siri filem adiwira berdasarkan watak yang terdapat di dalam komik popular Marvel Comics. Filem-filem ini telah dihasilkan sejah tahun 2007 dan setakat ini Marvel Studio telah menghasilkan 18 buah filem. Siri MCU ini telah berjaya memungut kutipan sebanyak USD 14.4 bilion , menjadikan MCU franchise filem yang mencapai kutipan tertinggi.


Filem pertama di dalam MCU adalah filem Iron Man (2008) dan telah diedarkan oleh Paramount Pictures. Paramount juga telah mengedarkan filem Iron Man 2 (2010), Thor (2011) dan Captain America : The First Avengers (2011), manakala Universal Pictures telah mengedarkan filem The Incredible Hulk (2008). Walt Disney Studios Motion Pictures telah mula mengedarkan filem-filem ini bermula dengan filem The Avengers (2012) yang menjadi filem terakhir bagi fasa pertama.



Fasa kedua ialah Iron Man 3 (2013), Thor: The Dark World (2013), Captain America: The Winter Soldier (2014), Guardians of the Galaxy (2014), Avengers: Age of Ultron (2015), dan Ant-Man 2015.



Filem Captain America: Civil War (2016) merupakan filem pertama bagi fasa ketiga dan diikuti oleh filem Doctor Strange (2016), Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017), Spider-Man: Homecoming (2017), Thor: Ragnarok (2017), dan Black Panther (2018).

Filem Avengers: Infinity War (2018), Ant-Man and the Wasp (2018), Captain Marvel (2019) dan Untitled Avengers film (2019) masih lagi dijadualkan untuk berada dalam fasa ini.

Sony Pictures mengedarkan filem Spider-Man, yang mana pihak Sony masih lagi mempunyai hak terhadap watak ini.

Sebuah filem sekuel kepada Spider-Man: Homecoming telah dijadualkan untuk tahun 2019, diikuti dengan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 pada tahun 2020 dan diikuti dengan penambahan dua filem lagi yang masih belum diketahui pada tahun 2020. Tiga filem telah dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2021 dan tiga filem lagi pada tahun berikutnya 2022. Kevin Feige, pemilik Marvel Studio telah mengatakan bahawa Marvel mungkin akan tidak mengumpulkan filem mengikut fasa setelah fasa tiga berakhir.

........................................................................................................................

Aku merupakan salah seorang daripada jutaan peminat filem Marvel. Semua filem MCU setakat ini telah aku tonton. Kebanyakannya adalah menonton di panggung wayang. Filem terbaru MCU, Black Panther, aku telah tonton seorang diri pada sehari sebelum ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia. Nasib baik panggung wayang TSR Cinemax yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam berdekatan dengan rumah sewa aku. Selain itu, aku pelik kenapa dekat panggung wayang TSR selalunya akan keluarkan filem sehari sebelum tarikh tayangan bagi tayangan seluruh Malaysia.



2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.