Review Filem : Pitch Perfect 3 (2017)


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pitch Perfect 3 merupakan filem komedi muzikal tahun 2017 , diarahkan oleh Trish Sie. Filem ini merupakan sequel kepada filem Pitch Perfect 2 (2015), dan merupakan filem ketiga di dalam siri Pitch Perfect.

Plot ringkas filem ini adalah berkenaan Bellas, selepas mereka bergraduasi, mereka berjumpa semula dan beraksi buat kali terakhir ketika Jelajah USO.

FIlem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 22 Disember 2017 dan berjaya memungut USD 183 juta seluruh dunia. Filem ini menjadi filem kedua paling tinggi kutipan filem bagi kategori komedi muzikal, dibelakang filem Pitch Perfect 1.

Pelakon :-
  • Anna Kendrick - Beca Mitchell
  • Rebel WIlson - Patricia "Fat" AMy
  • Brittany Snow - Chloe Beale
  • Anna Camp - Aubrey Posen
  • Hailee Steinfeld - Emily Junk
  • Ester Dean - Cynthia Rose Adams
  • Hana Mae Lee - Lily Onakuramara /Esther
  • Kelley Jakle - Jessica Smith
  • Shelley Regner - Ashley Jones
  • Chrissie Fit - Florencia "Flo" Fluntes
  • Alexis Knapp - Stacie Conrad
.......................................................................................................

Ulasan Filem


Filem ini bagi aku menarik, seronok dan sedih. Banyak plot-plot menarik dan buatkan aku ketawa dalam hati. Apa yang ditonjolkan dalam filem ini adalah bagaimana mereka sekali lagi buat kali terakhir beradu suara untuk mencapai kejayaan. Tetapi yang lebih penting adalah persahabatan dan masa depan.




Plot kali ini bagi aku sangat berlainan daripada siri Pitch Perfect terdahulu. Kali ini , semuanya berbeza. Walaupun masih ada pertandingan di dalam filem ini , tapi bukan itu yang diutamakan.


Pemilihan lagu yang sangat menarik. Banyak lagu-lagu best yang dinyanyikan mereka di dalam filem ini. Selain itu, setiap karakter mempunyai sifat yang tersendiri , dan yang paling penting unsur lawak itu menjadi.


Segmen Riff Off kali ini berbeza daripada sebelum ini, apabila Bellas terpaksa berlawan dengan bukan kumpulan Accapella. Babak ini sangat menarik sebab semuanya tak dijangka. Lagu-lagu yang dekat dihati.


Plot yang diberi keutamaan dalam filem ini adalah tentang kejahatan ayah Fat Amy. Babak awal sahaja dah memberikan pertanyaan dalam kepala penonton dan rupa-rupanya itulah babak awal dan juga akhir bagi filem ini.



Persembahan dalam filem ini yang paling aku suka sudah semestinya lagu Toxic. Pertama, nyanyian mereka. Tahniah buat penggubah lagu yang mengubah lagu ini daripada versi asal kepada versi accapella. Sangat merdu dan lagi bagus daripada versi drama GLEE. Kedua, tarian yang sangat seksi. Walaupun ini bukan seperti persembahan lain, kerana situasi ini adalah mereka semua diculik, tetapi tarian mereka seksi dan lincah. 

.......................................................................................................................................................

Secara keseluruhan, aku memberikan markah sebanyak 89.25 % untuk filem ini. Ya, aku sememangnya seorang peminat filem Pitch Perfect sejak siri pertama lagi.. Jika ingin dibandingkan dengan filem alin dalam siri ini, tempat pertma adalah Pitch Perfect 1, tempat kedua adalah Pitch Perfect 3 dan terakhir adalah Pitch perfect 2.


Sekian





5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. My fav movie ever. Foolow 1-2.
    Blog updated.https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/bersyukurkah-kita.html

    ReplyDelete
  2. Thanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with extra information? It is extremely helpful for me. multi use games area pitch

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post