Senarai Sekolah Paling Seram di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Kali ini aku nak kongsi dengan anda semua tentang sekolah yang paling seram di Malaysia. Setiap institusi semestinya tidak akan lari daripada kisah seram. Tidak kira universiti, kolej mahupun sekolah Jadi , mari kita lihat 12 sekolah yang disenaraikan paling seram di Malaysia.

SENARAI SEKOLAH YANG PALING SERAM DI MALAYSIA


 1. Penang Free School, Pulau Pinang




Penang Free School terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium bahasa Inggeris di Asia Tenggara. Dibina pada tahun 1816, Penang Free School juga adalah sekolah pertama yang didirikan di Malaya yang sekarang dikenali sebagai Malaysia. Sebagai sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, sudah pasti terdapat banyak kisah-kisah yang menyeramkan di sekolah ini. 

Fakta ini mungkin tidak mengejutkan kerana Penang Free School bukan sahaja sekolah yang paling tua di Malaysia bahkan juga di Asia Tenggara! Bayangkan ia dibina pada tahun 1816, sekarang pula sudah tahun 2017. Ini bermakna sekolah ini sudah berusia lebih 200 tahun. Lebih tepat lagi 201 tahun! Kisah-kisah hantu pasti akan muncul di sekolah sudah sebegini lama bertapak. 

Cerita-cerita seperti lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa. Tidak pasti sama ada ia hanya disebabkan oleh struktur sekolah yang lama atau ada ‘benda’ lain. Selain itu, ada juga yang mendakwa mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam, yang dikatakan sebagai roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun


2. Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang 


Image result for sekolah chung ling penang

Sekolah Menengah Chung Ling atau lebih dikenali sebagai Chung Ling High School adalah sebuah sekolah menengah lelaki yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1923 ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941. 

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas meletusnya Perang Dunia Kedua, berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Cina Malaya di bawah istilah Sook Ching yang membawa maksud “pembersihan Cina”. Beberapa orang guru dan pelajar dari Chung Ling juga turut terbunuh. 

Dengan sejarah Sekolah Chung Ling yang begitu tragis, tidaklah menghairankan cerita-cerita menakutkan seperti penampakan kelibat guru-guru dan pelajar-pelajar yang dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar sekolah itu. Histeria juga dikatakan kerap berlaku di Sekolah Chung Ling dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. 

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan, Sarawak 


Image result for sekolah menengah kebangsaan siburan kuching malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan atau secara ringkasnya dipanggil SMK Siburan, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuching/Serian. Terletak di bumi Kenyalang, tidak banyak maklumat yang berjaya diperolehi mengenai sekolah ini. Tetapi menurut sumber, cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku. 

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak 


Image result for sekolah menengah kebangsaan siburan kuching malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Serian atau SMK Serian, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ilmu, Serian, Sarawak. Jika diimbas kembali kejadian yang berlaku pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah diserang histeria di mana mereka menjerit dan bertingkah-laku aneh yang dipercayai disebabkan oleh kehadiran paranormal. 

Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa. Seorang pelajar yang pernah mengalami histeria menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. Beliau memberitahu The Borneo Post, “Saya beras pening dan saya mendengar suara-suara pelik yang bermain di kepala saya,”. Manakala rakannya pula mendakwa bahawa dia mendengar perubahan suara rakannya ketika dia cuba menenangkannya. 

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur 





Victoria Institution, sebelum tahun 2009 dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Pada awal penubuhannya, sekolah ini adalah sekolah menengah untuk pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar perempuan untuk tingkatan 6 sahaja. Victoria Institution merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur. Idea untuk membina institut ini diilhamkan oleh beberapa orang warganegara terkemuka iaitu Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay dalam tahun 1880-an.

Akhirnya pada tahun 1893, Victoria Institution dibina dengan sokongan Residen British di Selangor, W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor pada ketika itu. Nama Victoria diambil sempena memperingati Jubli Emas Ratu Victoria. Selain kaya dengan warisan dan tradisinya sendiri, Victoria Institution juga turut menyimpan kisah-kisah misteri yang tersendiri sesuai dengan statusnya sebagai sebuah sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur dan antara yang tertua di Malaysia. 

Victoria Institution juga turut diambil alih semasa Pendudukan Jepun di negara kita dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun. Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dan beberapa bangunan lama di sekolah ini. Dikatakan bahawa bukan sahaja selalu ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari, malah terdapat banyak kes roh yang merasuk pelajar.

Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air. Beliau mendakwa bahawa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu.


 6. SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur 

Related image

Kebanyakan sekolah digunakan ketika terjadinya Perang Dunia Kedua terutama semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tidak terkecuali kedua-dua buah sekolah-sekolah ini. Sekolah Methodist Boys telah ditubuhkan sejak bulan Julai tahun 1897 menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, manakala SMJK Confucian pula dibina pada tahun 1906. 

Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam. Selain itu, cerita yang paling sering didengar adalah penampakan atau bunyi tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam. 

7. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur 


Related image

Sekolah ini telah dikosongkan sejak tahun 2005 dan ia ditinggalkan sehingga ke hari ini. Sekolah ini ditinggalkan disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak selamat untuk diduduki kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding sebelum ia diminta untuk ditutup. 

Walaupun demikian, kisah-kisah aktiviti paranormal di sekolah Danau Perdana ini masih terus tersebar dan diperkatakan. Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa sebagai salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan. 

8. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur 




Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak lebih kurang dalam lima kilometer dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sekolah ini turut tersenarai antara sekolah yang menyeramkan kerana satu kejadian yang mengerikan yang berlaku pada dua tahun yang lepas. 

Seorang pelajar perempuan yang didakwa mengalami kerasukan telah dirakam menggunakan video dan dia dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah. Di dalam video tersebut, kelihatan dia menendang pintu bilik kelas dan memecahkan tingkap kaca dengan tangan kosong! Rupa-rupanya, ini bukanlah kes kerasukan pertama yang berlaku dan beberapa kes lagi telah berlaku sepanjang tahun tersebut.

9. Saint Michael Institution, Ipoh, Perak 


Image result for saint michael institution ipoh

Saint Michael’s Institution, dalam bahasa Melayunya dipanggil Institusi Saint Michael merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak. Mengikut sejarah, pada tahun 1912 sekumpulan mubaligh Katolik tiba di sini dan mula membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta yang terkenal. 

Sekolah yang dibina oleh para mubaligh Katolik ini diberi nama Saint Michael’s Institution. Sekolah ini dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor. Salah satunya adalah kerana sekolah itu pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun apabila Perang Dunia Kedua meletus. Apabila melibatkan penjajah Jepun, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat banyak penyeksaan yang dilakukan. 

10. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak


Image result for mckk kuala kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson iaitu seorang Pegawai Pendidikan Jajahan pada masa itu.

Cadangan itu mendapat sepenuh sokongan dari Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916). MCKK mempunyai reputasi yang tinggi dan cukup terkenal di negara Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara. Akan tetapi, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada!

11. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak 


Related image

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau secara ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh, Perak. Pada 6 Februari 1909, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

Nama Anderson diambil sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, yang juga Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir John Anderson. Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, di depan padang sekolah Anderson ada sebatang pokok besar (tidak pasti sama ada masih ada lagi atau tidak). Pokok itu agak menyeramkan dan di depan pokok besar terletaknya pintu masuk ke Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator. Kerana itu ada yang mengatakan ia menjadi tempat ‘benda’ itu keluar masuk ke sekolah Anderson dan SMT Lebuh Cator.

12. Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh, Perak 


Image result for sekolah menengah teknik lebuh cator

Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator atau nama ringkasnya SMT Lebuh Cator, merupakan sebuah sekolah menengah teknik yang terletak di Lebuh Cator. Mengikut sejarah, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1930, dikenali dengan nama ‘Goverment Trade School’. 

Sekarang, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional Lebuh Cator SMT Lebuh Cator Terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson. Sekolah ini boleh dikatakan agak lama iaitu semenjak tahun 1930. Biasalah benda lama, pasti ada cerita di sebaliknya.

 Sumber : Kisah Seram 


Itula dia 12 sekolah yang paling seram di Malaysia. Bagaimana dengan sekolah anda? Adakah anda juga mempunyai kisah seram yang menyeramkan di sekolah anda? Jom kongsi.

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. memang terasa seramnya..

    makhluk halus pun mahu hidup dan mereka berkongsi dalam alam ni..

    cuma manusia lebih bijak kerana mampu menjadi khalifah di muka bumi ini

    ReplyDelete
  2. Seram weiii... Sebaik dah lama tinggal kan alam persekolahan...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post