Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Lagi beberapa hari sahaj akan berlangsungnya salah satu acara sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Komanwel 2018. Sukan ini dikenali juga dengan nama 2018 Commonwealth Games atau XXI Commonwealth Games,  Gold Coast 2018 berlangsung di Gold Coast, Australia.

Sukan ini akan bermula pada 4 April 2018 sehingga 15 April 2018. Ini merupakan kali ke 5 bagi negara Australia sebagai negara penganjur. Sebanyak 275 pertandingan akan dipertandingkan di dalam 18 jenis sukan. Sebanyak 70 negara dijangka akan menyertai sukan berprestij ini. Acara pembukaan bagi sukan ini akan berlangsung pada 4 April manakala acara penutup adalah pada 15 April 2018. Moto bagi sukan ini adalah "Share the Dream" dan maskotnya adalah Borobi iaitu seekor koala berwarna biru.




...........................................................................

Pencapaian negara Malaysia di sukan komanwel sebelum ini iaitu Sukan Komanwel 2014, Glasgow, Scotland berjaya memungut 6 pingat Emas, 7 pingat Perak dan 6 pingat Gangsa , menjadikan keseluruhannya 19 pingat di bawa pulang. Pingat Emas diperolehi daripada sukan angkat berat, badminton dan terjun.
.......................................................................




Harapannya semoga sukan komanwel kali ini , atlet negara dapat memperbaiki pencapaian dengan mendapat lebih pingat berbanding edisi lalu. Malaysia Boleh!!

Selain itu, 20 tahun yang lalu , masih ingatkah anda , di manakah Sukan Komanwel di adakan? Ya , di Malaysia. Tak sangka dah 20 tahun sejak sukan itu dianjurkan oleh Malaysia. Apa kenangan anda ketika sukan itu dianjurkan di Malaysia?

Sekian


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post