Cara Hilangkan Parut Jerawat Buat Selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Muka berjerawat dan juga parut yang teruk merupakan salah satu punca utama kenapa ramai yang tiada keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa malu dan tidak yakin terhadap wajah sendiri adalah salah satu punca seseorang itu tertekan. Aku sendiri mempunyai banyak kawasan parut jerawat yang belum dibasmi lagi.

Jadi, di sini aku nak kongsi dengan anda semua beberapa petua untuk menghilangkan parut jerawat dengan berkesan. Anda bolehlah cuba mana-mana petua yang diberikan dan kalau mahu lebih keberkesanana , cubalah kesemuanya sekali. In shaa Allah , ia akan menjadi jugak. 

..................................................................................................

1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK



Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segengam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk yang manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap,lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)



Kaedah ini lebih semulajadi, tetapi susah sedikit sebab tak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. In shaa Allah , parut akan hilang.


3. GUNA ASAM JAWA



Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa itu pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In shaa Allah , setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. GUNA MADU

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang mempunyai kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

5. GUNA TIMUN
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. GUNA DAUN SENDUDUK

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

7. GUNA DAUN SIRIH MUDA



Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


Sumber : Maskulin

..................................................................................

Penjagaan muka adalah penting juga, selain penjagaan kesihatan dalaman , penjagaan wajah dan rupa paras sangat penting supaya kita dapat berkeyakinan untuk mencari jodoh , mencari kerja atau apa sahaja. Jika produk di jual agak mahal ,maka mari kita gunakan cara tradisional yang lebih murah dan efisien.


BACA JUGA


2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kak mia guna aloe vera...



    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم