Malaysia di Sukan Komanwel 1998



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripadanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.

Logo dan Maskot

Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur ialah Wira, seekor Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.



Pencapaian Malaysia

Malaysia berada di kedudukan ke 4 daripada 70 negara yang bertanding. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. 

Trivia 

Jumlah Pingat Emas  : 10
Jumlah Pingat Perak   : 14
Jumlah Pingat Gangsa  : 12

Jumlah Keseluruhan :  36

Acara yang mengutip pingat Emas :-
  • Acara Tinju -2 Emas
  • Menembak - 1 Emas
  • Bowling - 2 Emas
  • Badminton - 3 Emas
  • Gimrama - 1 Emas
  • Jalan Kaki - 1 Emas
...........................................................................

Sekian

3 comments:

  1. 1998... menggamit kenangan. masa ni sekolah rendah lagi

    ReplyDelete
  2. Teringat masa ni masih sekolah rendah..hari-hari TV keluarkan iklan sukan komanwel ni

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.