Header Ads



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini aku nak kongsi dengan pembaca semua tentang tempat yang dilarang masuk atau tempat paling dirahsiakan dimuka bumi ini. Ada beberapa tempat didunia yang tidak diketahui apakah tujuan dan kegunaannya. Mungkin ada tujuan lain? Jom kita lihat adakah tempat itu termasuk di negara kita?



20. RAF Menwith Hill 


Ini adalah tapak tentera British yang ada hubungan dengan Echelon. Mereka ada stesen satelit bawah tanah dan tempat ini adalah stesen elektronik terbesar di dalam dunia.Selain boleh kesan peluru berpandu yang dilepaskan ke arah US, mereka juga boleh mengintip huungan komunikasi. Mereka boleh kesan apa-apa kesalahan yang berkaitan pengedaran dadah, orang jahat dan lain-lain.

19. Mount Weather Emergency Operations Center, Virginia



Bagi US, di atas bukit inilah tempat yang akan terselamat jika berlaku peperangan atau bencana alam. Tempat ini memang betul-betul wujud dan telah dibina sejak tahun 1950 lagi (semasa perang dingin). Tempat ini adalah harapan terakhir dan hanya orang-orang kenamaan US saja yang boleh pergi. Walaupun jauh dari kemodenan, tempat ini lengkap dengan hospital, kafeteria,pusat janakuasa yang dikelilingi oleh papan tanda larangan masuk serta pagar berduri.

18. Ise Grand Shrine, Japan


Ini adalah tokong yang telah sangat lama dibina, iaitu pada tahun 4 sebelum masihi. Tokong ini dibuat untuk tuhan matahari, Amaterasu, dan tujuan utamanya adalah untuk menyimpan sebuah 'benda' yang sangat berharga bagi mereka, iaitu sebuah cermin yang dimiliki oleh maharaja yang pertama. Tokong ini akan diruntuhkan dan dibina semula setiap 20 tahun. Orang ramai tidak boleh pergi ke tempat ini sebab hanya sami yang menjadi ahli dalam keturunan raja maharaja Jepun sahaja dibenarkan masuk.

17. Room 39

Tempat ini adalah  organisasi yang paling rahsia dekat Korea Utara. Fakta tentang tempat tidak banyak diketahui disebabkan terlalu berahsia. Hanya cakap-cakap orang ramai yang mengatakan organisasi ini ada 10 hingga 20 akaun bank di China dan Switzerland untuk tujuan perniagaan dan pemindahan wang. Ada juga mengatakan organisasi ini terlibat dengan sindiket dadah dan senjata haram. Apa yang pasti, organisasi ini ada 120 syarikat yang bernaung di bawahnya. Namun kerajaan Korea mengatakan organisasi ini tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti haram.


16. Area 51


Tempat ini agak terkenal. Di sinilah tempat untuk askar-askar darat dan udara US berlatih. Ia terletak di Nevada, 133KM daripada Las Vegas. Di sini juga mereka membuat eksperimen untuk senjata-senjata baru. Tempat ini sangat rahsia dan privasi sehinggakan sesiapa yang masuk ke kawasan itu tanpa kebenaran boleh ditembak mati tanpa tanya terlebih dahulu.

15. White's Gentlemen's Club


Kelab ini hanyalah untuk lelaki-lelaki eksklusif dan gentlemen di sana. Ia dibangunkan oleh orang Itali, Francesco Bianco pada tahun 1693. Mula-mula dahulu tempat ini hanyalah untuk tempat makan coklat sahaja, tetapi tiba-tiba menjadi eksklusif sebab tempat ini menjadi tempat rahsia. Sekarang tempat ini terkenal dengan acara judi yang pelik-pelik, seperti teka tingkap mana yang akan kena hujan dahulu. Untuk orang yang ingin sertai kelab ini, anda perlu dijemput dan disahkan dahulu oleh dua orang ahli kelab tersebut.

14. Moscow Metro-2


Moscow Metro-2 ini ialah bandar underground terbesar di dunia. Tempat ini dibina semasa era Stalin (1927-1953). Tempat ini sangat rahsia,sehinggakan wartawan pun dihalau untuk selidik tempat ini. Tempat ini juga terkenal dengan cerita-cerita penampakkan entiti dan mutan.

13. Club 33

Club 33 ini ada di Disneyland, US. Tempat ini ramai orang mengetahui bahawa sebagai tempat hiburan kanak-kanak. Semua tempat di Disneyland ini orang ramai boleh pergi kecuali Club 33 ini. Untuk masuk ke dalam kelab ini, orang ramai perlu daftar dalam 'waiting list' dan kena tunggu selamsa 14 tahun untuk dibenarkan masuk ke dalam tempat ini. Kawalan dekat sini agak ketat, sehinggakan nak masuk perlu 'scan' cap jari. Yuran untuk masuk kedalam tempat ini pula sangat lah mahal iaitu $10000-$30000 dolar US.

12. Vatican Secret Archives


Walaupun nama tempat ini adalah Secret Archive, tetapi dokumen di dalam ini bukan semuanya rahsia. Orang ramai masih boleh lihat dan tengok dokumen yang terdapat di dalam tempat ini, tetapi tidak boleh masuk dekat tempat simpanan. Ada beberapa senarai untuk orag ramai memilih dokumen yang mana yang ingin dilihat. Tetapi hanya dokumen yang berumur 75 tahun keatas sahaja yang boleh dilihat, untuk menjaga dokumen-dokumen sulit milik kerajaan.

11. Mezhgorye , Russia


Mezhgorye ini dijumpai pada tahun 1979 dan terletak di atas bukit Yamantaw, yang berketinggian 1640m. US sangat sibuk ingin mengetahui apa yang pihak Russia lakukan dikawasan itu sehinggakan mereka mula membuat pemerhatian menggunakan satelit. US membuat tanggapan bahawa di situ pihak russia membuat projek nuklear, namun Russia hanya memberitahu bahawa tempat itu hanyalah untuk projek arang batu. Tetapi menurut penduduk tempatan tempat itu sememangnya merupakan tempat ujikaji nuklear.

10. Pangkalan Dulce, New Mexico, Amerika Syarikat


Didakwa sebagai fasiliti bawah tanah antara manusia dan makhluk asing. Disekitar fasiliti ini terdapat perkampungan kecil orang asli yang didiami seramai 2,600 orang. Ianya adalah tempat bawah tanah yang luas dimana eksperimen-eksperimen pelik dilaukan dan teknologi rahsia dihasilkan. Juga dikatakan merupakan rumah kepada manusia hibrid. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.


9. Kota Rajahstan , India


Kota ini dibina pada abad ke-17 dan terletak di negeri Rajahstan , India. Kerajaan India mengisytiharkan kota ini sebagai kota paling berhantu di dunia. Peraturan sangat ketat di kota ini dan pelawat masih boleh masuk tetapi  tidak dibenarkan mengunjungi kota ini bermula dari terbenam matahari sehingga terbitnya fajar. Menurut orang tempatan, mereka yang melanggar peraturan kota ini akan hilang secara misteri dan tidak pernah ditemui.

8. Makam Qin Shi Huang Lintong


Tempat ini adalah makam pengasas Dinasti Qin yang juga maharaja China yang pertama. Perkuburan bawah tanah ini mengandungi rangkaian gua bawah tanah yang sangat kompleks dan tersimpan segala peralatan yang diperlukan oleh maharaja untuk kehidupan selepas mati. Peralatan-peralatan tersebut termasuklah tanah liat untuk menghasilkan tentera Terracotta. Kerajaan China tidak membenarkan penggalian kubur kerana ingin menghormati tanah perkuburan itu.

7. Bank Of England Vaults


Terletak di bandar London, antara bank yang mempunyai kawalan paling ketat dan diharamkan kepada orang ramai. Bank ini tempat penyimpanan emas seberat 5.134 juta KG atau 5,134 tan emas yang merupakan 1/5 daripada emas yang ada di muka bumi ini. Degan nilai emas RM1.063 trilion ini, peti besi dalam bank ini dikunci dengan menggunakan kunci logam tradisional namun dipagar dengan perlindungan secara elektronik bagi menghalang mereka yang tidak patut berada disitu melepasi peti besi.

6. Muzium Pendidikan Keselamatan Jiangsu


Muzium ini tidak sepenuhnya diharamkan kepada orang ramai, hanya kepada orang asing sahaja. Terletak di Nanjing, Timur China. Tempat ini mempunyai barangan pameran termasuklah pistol kecil, kamera mini dan barang-barang lain yang digunakan oleh pengintip China yang menurut mereka amat sensitif jika dilihat oleh orang asing. Hanya rakyat China sahaja boleh masuk tetapi tetap tidak boleh mengambil gambar.


5. Woomera, Australia

Kawasan Woomera merupakan tempat larangan untuk di masuki oleh orang awam. Arahan ini dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Udara Australia. Sebabnya kerana Woomera merupakan kawasan yang digunakan untuk melakukan ujikaji terhadap senjata berbahaya,bermula dari roket sehinggalah senjata nuklear. Jadi, jika anda masuk ke kawasan ini tanpa kebenaran anda boleh dibunuh akibat kesan ujikaji. Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pemerintah Australia.

4. Pulau Ular, Brazil


Pulau ini dikatakan sebagai satu-satunya habitat untuk ular paling beracun di dunia iaitu Bothrops Insularis. Tidak hanya itu, masih banyak ular berbisa lain yang mendiami pulau bernama Iilha de Queimada Grande. Pemerintah Brazil pun sudah mengumumkan larangan dari masuk ke pulau itu. Namun masih ada sahaja yang nekad untuk mencuba masuk, akibatnya ada sahaja orang yang dilaporkan hilang atau telah meninggal dunia di sana.

3. Havenco, England


Tempat yang dibina pada tahun 2000 ini pada awalnya adalah pusat penyimpanan data, penyedia server internet dan sehingga ke proses enkripsi. Pelanggan HavenCo adalah syarikat yang ingin mengelakkan hukuman keana laman webnya memiliki kandungan yang berbahaya dan boleh merosakkan seseorang seperti pornografi, spam dan hacking. Namun, pada tahun 2008, tempat ini telah ditutup setelah berlaku masalah pada sistem operasi utamanya. Tempat ini masih menjadi misteri dan tetap sulit untuk dimasuki oleh orang awam.


2. North Sentinel Island


Sebuah Kepulauan Andaman di Teluk Bengal dimana menempatkan sekumpulan orang asli. Penduduknya dianggarkan berjumlah hampir 400 orang. Puak yang dikenali sebagai Sentinel ini menolak sebarang hubungan dari luar masuk ke dalam masyarakat mereka. Dan mereka adalah manusia terakhir di muka bumi ini yang tidak mahu menerima ketamadunan moden sehingga kini. Cubaan sekumpulan pengkaji untuk datang melawat kawasan puak ini disambut dengan anak panah dan tombak serta lebih tragik lagi pada tahun 2006, dua orang nelayan mati terbunuh setelah bot mereka terdampar di pulau tersebut.

1. Sonoma County, California



Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 KM persegi di Sonoma County, California. Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan bertujuan untuk pertemuan para hamba, kuli. Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum, Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Fransisco yang mengumpulkan para pencinta seni, artis dan karyawan. Tetapi ini cuma 'cover-up' sahaja. Di sini hanya boleh dimasuki artis-artis terkenal dan orang kerajaan Amerika sahaja. Ketika para artis sedang berparti, sebenarnya disini berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden, jutawan perniagaan, jeneral tentera, para pemimpin dan cendekiawan yang menjadi penjilat dan lembu yang dicucuk hidung kepada organisasi Dajjal Laknatullah dan pelbagai ritual menyembah syaitan.


Sekian.

Sumber : Facebook

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post